Suami guna wajah sendiri pada poster kempen isteri

Seorang lelaki di Iraq mencetuskan perhatian ramai selepas menggunakan gambarnya sendiri pada poster kempen pilihan raya milik isterinya yang bertanding bagi kerusi Parlimen di wilayah Kirkuk. Foto Agensi
Seorang lelaki di Iraq mencetuskan perhatian ramai selepas menggunakan gambarnya sendiri pada poster kempen pilihan raya milik isterinya yang bertanding bagi kerusi Parlimen di wilayah Kirkuk. Foto Agensi
A
A
A

ERBIL – Seorang lelaki di Iraq mencetuskan perhatian ramai selepas menggunakan gambarnya sendiri pada poster kempen pilihan raya milik isterinya yang bertanding bagi kerusi Parlimen di wilayah Kirkuk.

Sheikh Ahmed Ibrahim, yang bukan calon, meletakkan wajahnya pada poster kempen isterinya, Shayma Sami, calon Parti Taqadum pimpinan Mohammed al-Halbousi, dengan alasan menghormati adat dan tradisi masyarakat setempat.

“Ini hanya tanda untuk menunjukkan kami berkempen. Kami datang daripada latar belakang suku. Dalam budaya kami, tidak perlu meletakkan gambar untuk menang. Nama, suku dan hubungan kekeluargaan sudah mencukupi,” katanya kepada saluran Rudaw.

Ibrahim yang menguruskan kempen isterinya menjelaskan, masyarakat mereka masih berpegang kepada norma konservatif yang tidak menggalakkan wanita memaparkan wajah secara terbuka dalam ruang awam.

Selain poster, Shayma juga tidak muncul dalam sebarang acara kempen secara terbuka, sebaliknya diwakili oleh suami dan ahli keluarganya untuk berinteraksi dengan penyokong.

“Kami menyertai proses politik ini untuk berkhidmat kepada rakyat dan keluarga besar kami di wilayah Kirkuk,” tambah Ibrahim yang juga seorang kontraktor.

Bagaimanapun, tindakan itu mencetuskan perdebatan di Iraq, dengan sebahagian aktivis wanita mempersoalkan keupayaan Shayma untuk menjalankan tanggungjawab awam sekiranya terpilih nanti.

“Dari dapur ke Parlimen — ini amat menyedihkan. Bagaimana seseorang boleh mewakili rakyat jika pengundi sendiri tidak mengenalinya?” kata Srud Mohammed, Ketua Iraqi Hope Organization.

Shayma merupakan anak kepada Sheikh Sami Batushi, ketua suku Batushi di bandar Riyadh, selatan wilayah Kirkuk. Beliau antara enam calon wanita yang merebut kerusi kuota wanita dalam pilihan raya Parlimen Iraq yang dijadualkan berlangsung pada 11 November 2025.-Agensi

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang lelaki di Iraq menggunakan gambarnya sendiri pada poster kempen pilihan raya milik isterinya untuk menghormati adat dan tradisi masyarakat setempat
  • Sheikh Ahmed Ibrahim menguruskan kempen isterinya, Shayma Sami, tanpa memaparkan wajah Shayma secara terbuka mengikuti norma konservatif masyarakat mereka
  • Shayma juga tidak muncul dalam sebarang acara kempen secara terbuka dan diwakili oleh suami serta ahli keluarganya
  • Tindakan tersebut mencetuskan perdebatan di kalangan aktivis wanita di Iraq
  • Shayma adalah anak kepada Sheikh Sami Batushi dan merupakan salah seorang dari enam calon wanita dalam pilihan raya Parlimen Iraq

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!