LHDNM sedia khidmat dalam talian sepanjang tempoh PKP

No Image Caption
A
A
A

CYBERJAYA - Pusat panggilan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) iaitu Hasil Care Line (HCL) akan ditutup mulai hari ini sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat.

Sehubungan itu, perkhidmatan yang ditawarkan LHDNM adalah terhad kepada perkhidmatan dalam talian seperti pengemukaan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) dan pembayaran cukai melalui platform ezHASiL.

"Sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan cukai dan perkhidmatan LHDNM melalui HASiL Live Chat dan Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.

"Selain itu, orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat menerusi media sosial rasmi LHDNM iaitu Facebook (https://www.facebook.com/LHDNM) dan Twitter (https://twitter.com/LHDNMofficial)," katanya menerusi satu kenyataan di sini semalam.

Dalam pada itu, pembayar cukai juga boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan urusan percukaian dalam tempoh PKP ini dengan melayari portal rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my atau klik pada pautan Soalan Lazim (FAQ).

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat itu menerusi versi Bahasa Malaysia: http://lampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/faq_1.pdf atau versi Bahasa Inggeris: http://lampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/faq_2.pdf.

Artikel Berkaitan: