Pemandu lori warga asing tiada lesen ibarat 'bom jangka' - Lam Thye

Laporan Sinar Harian mengenai JPJ dan imigresen gempur syarikat guna pemandu lori warga asing tanpa lesen. Gambar kecil: Lam Thye
Laporan Sinar Harian mengenai JPJ dan imigresen gempur syarikat guna pemandu lori warga asing tanpa lesen. Gambar kecil: Lam Thye
A
A
A

SHAH ALAM - Pemandu warga asing tiada lesen yang diupah syarikat pengendali bagi memandu kenderaan berat di jalan raya diibaratkan seperti bom jangka.

Ahli Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, beliau menyokong penuh dan memuji ketegasan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyita 25 lori sampah dipandu warga asing di Selangor baru-baru ini.

“Saya menyokong penuh tindakan JPJ menerusi Pengarah Kanan Penguatkuasanya yang melakukan penguatkuasaan sangat tegas terhadap pemandu lori warga asing yang tidak memiliki lesen sah, tiada cukai jalan dan insurans," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, usaha terbabit perlu disambut baik di atas kecekapan JPJ dalam melaksanakan operasi bersepadu bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk sama-sama menangani isu pemandu-pemandu warga asing yang memandu lori secara berleluasa di jalan raya.

Tegasnya, sudah sampai masanya pengusaha-pengusaha lori yang menggajikan warga asing diheret ke muka pengadilan bagi memastikan keselamatan jalan raya terjamin.

Sebelum itu, Pengarah Kanan Penguat kuasa JPJ, Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan dalam sidang akhbar pada Khamis dilaporkan berkata, sebanyak 5,915 kesalahan melibatkan pemandu lori warga asing direkodkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sejak Januari di Selangor.

Jumlah itu merangkumi pelbagai kesalahan termasuk memandu tanpa lesen sah, penyalahgunaan permit kerja serta kegagalan memastikan kenderaan diselenggara dengan baik.

Dalam tempoh 10 hari terakhir operasi itu, sebanyak 25 lori sampah daripada syarikat sama telah disita kerana menggunakan pemandu warga asing tanpa lesen, tiada cukai jalan dan insurans.

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Pemandu warga asing tiada lesen diibaratkan seperti bom jangka
  • Tan Sri Lee Lam Thye menyokong tindakan JPJ menyita 25 lori sampah dipandu warga asing
  • JPJ melaksanakan operasi bersepadu dengan JIM untuk menangani pemandu lori warga asing
  • Pengusaha lori yang menggajikan warga asing perlu diheret ke muka pengadilan
  • JPJ merekodkan 5,915 kesalahan melibatkan pemandu lori warga asing di Selangor sejak Januari

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!