Kemalangan maut di persimpangan lampu isyarat, pemandu bas tiada lesen

Seorang wanita warga emas maut selepas kereta dipandunya bertembung dengan sebuah bas pekerja awal pagi tadi.
Seorang wanita warga emas maut selepas kereta dipandunya bertembung dengan sebuah bas pekerja awal pagi tadi.
A
A
A

PORT DICKSON - Seorang wanita warga emas maut selepas kereta dipandunya bertembung dengan sebuah bas pekerja di Dataran Segar di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Maslan Udin berkata, siasatan awal mendapati kemalangan pada 5.30 pagi itu berlaku di persimpangan lampu isyarat, melibatkan sebuah bas dari arah Port Dickson ke Seremban yang bertembung dengan kereta dipandu mangsa dari arah Dataran Segar ke Lukut.

"Akibat kemalangan itu mangsa berusia 69 tahun mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan meninggal dunia semasa menerima rawatan di zon kecemasan Hospital Port Dickson.

"Lelaki berusia 41 tahun yang memandu bas terbabit pula dilaporkan tiada mengalami sebarang kecederaan, namun hasil semakan mendapati dia tidak memiliki lesen memandu yang sah.

"Bagaimanapun, hasil ujian saringan air kencing pemandu bas pekerja itu didapati negatif dadah," katanya dalam satu kenyataan.

Maslan berkata kedua-dua kenderaan ditahan untuk pemeriksaan Puspakom dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian sedang diperoleh untuk membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama

 

 

 

Artikel Berkaitan:

 

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!