Tujuh terperangkap runtuhan struktur loji janakuasa di Korea Selatan

Sebuah ambulans membawa mangsa yang diselamatkan dari runtuhan menara dandang setinggi 60 meter di Korea East-West Power Corporation di bandar Ulsan, timur daya Korea Selatan. Foto AFP
Sebuah ambulans membawa mangsa yang diselamatkan dari runtuhan menara dandang setinggi 60 meter di Korea East-West Power Corporation di bandar Ulsan, timur daya Korea Selatan. Foto AFP
A
A
A

KOREA SELATAN – Sekurang-kurangnya tujuh individu dilaporkan terperangkap selepas struktur loji janakuasa runtuh di pantai timur Korea Selatan, menurut agensi kebangsaan negara itu.

Runtuhan itu berlaku sekitar jam 2 petang waktu tempatan di ibu pejabat Korea East-West Power di bandar Ulsan.

Agensi Bomba Kebangsaan berkata, dua individu berjaya diselamatkan.

"Sekurang-kurangnya tujuh lagi dipercayai masih terperangkap dan belum ditemui.

"Operasi mencari dan menyelamat kini sedang giat dijalankan," ujarnya.

Perdana Menteri Korea Selatan, Kim Min-seok mengarahkan semua kementerian untuk menggerakkan kakitangan dan peralatan yang ada dengan keutamaan tertinggi diberikan kepada operasi menyelamat mangsa yang terperangkap.

Sementara itu, menurut Pejabat Perdana Menteri, penduduk di kawasan berdekatan juga sedang dipindahkan.

Berdasarkan laporan, kemalangan itu berlaku ketika kerja-kerja persiapan untuk merobohkan loji janakuasa terma yang sudah tidak beroperasi lagi.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Sekurang-kurangnya tujuh individu terperangkap selepas struktur loji janakuasa runtuh di pantai timur
  • Runtuhan berlaku di ibu pejabat Korea East-West Power di bandar Ulsan
  • Dua individu berjaya diselamatkan
  • Operasi mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan
  • Perdana Menteri Kim Min-seok arahkan gerakan menyelamat dengan keutamaan tertinggi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!