Pegawai 'Top 5' DBKL dituduh esok - SPRM

PUTRAJAYA – Seramai empat individu termasuk seorang pegawai kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan rasuah pada Jumaat.
Bahagian Komunikasi Strategik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataan berkata, pertuduhan bagi Op DC dijadualkan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur membabitkan pegawai kanan DBKL.
"Manakala bagi Op Tiger, dua pegawai bank dan seorang bekas pegawai bank akan dihadapkan di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Menurutnya, kesemua pertuduhan ditetapkan pada jam 9 pagi.
Pada 25 Ogos lalu, media melaporkan SPRM mengesahkan tiga individu termasuk seorang pegawai kanan sebuah agensi pihak berkuasa tempatan (PBT) ditahan kerana terbabit dalam kegiatan rasuah dipercayai sejak 11 tahun lalu.
Pegawai kanan yang ditahan dipercayai dalam kalangan pegawai gred Jusa B.
Penahanan itu disyaki mempunyai kaitan dengan perolehan bagi sebuah projek berkaitan teknologi maklumat (IT).
Kes itu disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.
Ringkasan AI
- Seramai empat individu termasuk seorang pegawai kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan rasuah
- Pertuduhan bagi pegawai kanan DBKL akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur
- Dua pegawai bank dan seorang bekas pegawai bank akan dihadapkan di Mahkamah Sesyen Shah Alam
- Kesemua pertuduhan ditetapkan pada jam 9 pagi
- Pegawai kanan yang ditahan dipercayai terbabit dalam kegiatan rasuah sejak 11 tahun lalu berkaitan projek teknologi maklumat
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

