Pertumbuhan industri semikonduktur Malaysia perlu sokongan rangkaian global - PM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Majlis Peluncuran Malaysia Semiconductor IC Design Park 2 di Coplace 9 Cyberjaya pada Khamis. Foto Bernama
--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Majlis Peluncuran Malaysia Semiconductor IC Design Park 2 di Coplace 9 Cyberjaya pada Khamis. Foto Bernama --fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
A
A
A

CYBERJAYA - Industri elektrik dan elektronik (E&E) serta semikonduktor negara memerlukan sokongan rangkaian antarabangsa yang kukuh, khususnya dengan kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan China, bagi memastikan ia terus berkembang pesat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Eksport Malaysia ke Amerika Syarikat amat besar. Sekitar 25 peratus daripada keperluan E&E dan semikonduktor negara itu datang dari Malaysia dengan nilai hampir RM200 bilion, melibatkan ribuan rantaian bekalan serta puluhan ribu pekerja.

"Tetapi dalam masa yang sama kita ada dasar yang disebut centrality (kepusatan) ASEAN. Maka kita berkawan dengan negara China, kerana China mempunyai potensi perkembangan yang sangat pantas,” kata beliau.

Anwar berkata demikian semasa berucap pada majlis pelancaran Malaysia Semiconductor IC Design Park 2 yang dianjurkan bersama oleh Selangor Information Technology and Digital Economy Corporation (Sidec) dan Kerajaan Negeri Selangor, di sini pada Khamis.

Turut hadir, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, hubungan strategik Malaysia dengan China turut penting memandangkan negara itu mempunyai potensi pertumbuhan industri dan teknologi yang sangat pesat. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Industri elektrik dan elektronik Malaysia memerlukan sokongan antarabangsa untuk berkembang
  • Eksport Malaysia ke Amerika Syarikat sangat besar dengan nilai hampir RM200 bilion
  • Malaysia menjalin hubungan baik dengan China kerana potensi perkembangannya yang pantas
  • Anwar Ibrahim menyatakan pentingnya hubungan ini semasa pelancaran Malaysia Semiconductor IC Design Park 2
  • Hubungan strategik dengan China adalah penting untuk pertumbuhan industri dan teknologi Malaysia

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!