Pelan tindakan ACMF 2026-2030 jadikan ASEAN sebagai destinasi pelaburan bertanggungjawab - PM

ANWAR
ANWAR
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Pelan Tindakan Forum Pasaran Modal ASEAN (ACMF) 2026-2030 yang dilancarkan hari ini akan menjadikan rantau ini sebagai destinasi kepada pelaburan yang bertanggungjawab untuk tempoh jangka panjang.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata Pelan Tindakan ACMF yang telah dikemas kini dan Taksonomi ASEAN untuk Kewangan Mampan mencerminkan komitmen bersama terhadap piawaian kemampanan yang berwibawa menyelaraskan pasaran serantau dengan jangkaan global.

"Pasaran modal yang baik adalah penting untuk menggerakkan sumber, memperuntukkan modal dengan cekap dan menyokong pertumbuhan. Ia juga perlu mengekalkan integriti, akauntabiliti dan amanah,” kata beliau dalam ucaptama pada Persidangan Antarabangsa ACMF yang diadakan di ibu pejabat Suruhanjaya Sekuriti pada Khamis. 

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. - Bernama 

 

 

 

 

 

Artikel Berkaitan:

 

 

 

Ringkasan AI

  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Pelan Tindakan Forum Pasaran Modal ASEAN 2026-2030
  • Pelan ini bertujuan menjadikan ASEAN sebagai destinasi pelaburan yang bertanggungjawab jangka panjang
  • Pelan Tindakan ACMF dan Taksonomi ASEAN untuk Kewangan Mampan mencerminkan komitmen terhadap piawaian kemampanan
  • Pasaran modal penting untuk menggerakkan sumber, memperuntukkan modal secara cekap dan menyokong pertumbuhan
  • Tekanan diletakkan pada kepentingan menjaga integriti, akauntabiliti, dan amanah dalam pasaran modal

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!