Perdana Menteri ada hak untuk rombak Kabinet - Mohamad Sabu

Mohamad (tiga dari kanan) ketika sidang akhbar selepas menyempurnakan perasmian Konvensyen Nasional 2025 Amanah di sini pada Sabtu.
Mohamad (tiga dari kanan) ketika sidang akhbar selepas menyempurnakan perasmian Konvensyen Nasional 2025 Amanah di sini pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai hak sepenuhnya untuk membuat sebarang keputusan berhubung rombakan Kabinet yang semakin hangat diperkatakan ketika ini

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, keputusan berkenaan merupakan hak mutlak Ahli Parlimen Tambun itu.

“Rombakan Kabinet ialah hak prerogatif Perdana Menteri. Beliau boleh ambil orang profesional, orang politik dalam atau luar parti, itu terserah kepada beliau.

“Amanah akan ikut apa sahaja keputusan (rombakan Kabinet) kerana kita kena jaga dan kuatkan (gabungan) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah tidak lama lagi,” katanya ketika sidang akhbar selepas selesai menyempurnakan perasmian Konvensyen Nasional 2025 Amanah di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor di sini, pada Sabtu.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir pada Jumaat memberi bayangan bahawa rombakan Kabinet akan berlaku dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi.

Berucap di Majlis Penutup Festival Idea Putrajaya (FOI), Zambry mengharapkan sokongan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar untuk penganjuran festival berkenaan bagi tahun- tahun akan datang meskipun nasib beliau sebagai Menteri Kabinet tidak diketahui.

Ditanya mengenai kesediaan beliau sendiri jika terlibat dengan rombakan tersebut, Mohamad yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkata, beliau akur dengan sebarang keputusan.

“Saya bersedia ke mana-mana sahaja,” katanya.

Menjawab pertanyaan sama ada rombakan Kabinet tersebut pernah dibincangkan secara terbuka oleh Anwar, Mohamad berkata, perkara itu tidak berlaku.

Artikel Berkaitan:

“Sama ada libatkan semua Kabinet..Senator disambung atau tidak, saya (pun) tidak tahu,” katanya.

Ringkasan AI

  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai hak sepenuhnya untuk membuat keputusan berhubung rombakan Kabinet
  • Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Seri Mohamad Sabu menyatakan bahawa rombakan Kabinet adalah hak prerogatif Perdana Menteri
  • Amanah akan mengikuti sebarang keputusan rombakan Kabinet untuk menguatkan gabungan menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah
  • Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menyatakan rombakan Kabinet mungkin berlaku dalam dua atau tiga minggu lagi
  • Mohamad Sabu bersedia mengikut sebarang keputusan rombakan dan menyatakan perkara itu tidak pernah dibincangkan secara terbuka oleh Anwar Ibrahim

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!