[VIDEO] Penganggur mengaku salah tikam pekebun hingga cedera parah

A
A
A

KUANTAN – Seorang penganggur mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kuantan pada Khamis atas pertuduhan menikam seorang pekebun sehingga mengalami kecederaan parah pada minggu lalu.

Tertuduh, Jabalul Akhir Mat Shafie, 25, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Sazlina Safie.

Bagaimanapun, tiada hukuman direkod pada prosiding tersebut.

Berdasarkan pertuduhan, Jabalul mengaku dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas pekebun berusia 38 tahun dengan menggunakan senjata menikam bahagian perut.

Anggota polis membawa Jabalul Akhir ke lokap selepas berakhirnya prosiding pendakwaan di Mahkamah Sesyen Kuantan di sini pada Khamis. Foto Sinar Harian.
Anggota polis membawa Jabalul Akhir ke lokap selepas berakhirnya prosiding pendakwaan di Mahkamah Sesyen Kuantan di sini pada Khamis. Foto Sinar Harian.

Perbuatan tersebut dilakukan di Kampung Sri Damai, Batu 7, Jalan Gambang, jam 6.40 petang pada 31 Oktober lalu.

Bagi kesalahan tersebut, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan boleh dipenjara sehingga 20 tahun serta denda atau sebat.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Azizah Ahmad memohon mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula bagi menjatuhkan hukuman dan mengemukakan fakta kes lanjut.

Artikel Berkaitan:

Beliau juga tidak menawarkan sebarang jaminan atas aspek keselamatan kerana kediaman tertuduh berdekatan dengan mangsa.

Seorang penganggur mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kuantan pada Khamis atas pertuduhan menikam seorang pekebun sehingga mengalami kecederaan parah pada minggu lalu. Foto Sinar Harian.
Seorang penganggur mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kuantan pada Khamis atas pertuduhan menikam seorang pekebun sehingga mengalami kecederaan parah pada minggu lalu. Foto Sinar Harian.

Mahkamah kemudian menetapkan 12 November ini sebagai tarikh sebutan semula bagi fakta kes dan jatuh hukum.

Pada Ahad, Sinar Harian melaporkan dendam dipercayai menjadi punca seorang lelaki ditikam kenalannya di Kampung Sri Damai, Jalan Gambang pada Jumaat lalu.

Mangsa cedera di perut selepas ditikam menggunakan pisau sepanjang kira-kira lima inci di hadapan rumahnya kira-kira jam 7 malam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, siasatan awal mendapati suspek memanggil mangsa keluar sebelum berlaku pertengkaran kerana suspek mahu mangsa mengikutnya, namun mangsa enggan.

Ringkasan AI

  • Seorang penganggur mengaku bersalah menikam seorang pekebun sehingga kecederaan parah di Kuantan
  • Tertuduh, Jabalul Akhir Mat Shafie, 25, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan dan tiada hukuman direkodkan pada prosiding tersebut
  • Jabalul didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan, boleh dipenjara hingga 20 tahun, denda atau sebat
  • Mahkamah menetapkan 12 November sebagai tarikh sebutan semula bagi fakta kes dan jatuh hukum

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!