Yakult Generasi Madani 2025 didik pemakanan sihat, penjagaan usus

PUTRAJAYA - Pengeluar minuman probiotik terkemuka dunia, Yakult Malaysia Sdn Bhd (Yakult) mencatatkan penyertaan lebih 50,000 murid dan guru menerusi Program Yakult Generasi Madani 2025 - Yakult Dance Rope & Misi Sihat Yakult pada Rabu.
Pengarah Urusannya, Hiroki Yanase berkata, inisiatif tersebut bertujuan mendidik murid tentang kepentingan pemakanan sihat dan penjagaan kesihatan usus, di samping menggalakkan kecergasan fizikal, kreativiti, semangat kerjasama serta pembentukan sahsiah positif.
Ujar beliau, penganjuran program menerusi kerjasama dengan Kementerian Pendidikan (KPM) itu berjaya menjangkau 50 sekolah rendah dan menengah di seluruh negara pada tahun ini.
"Kami berasa bangga melihat kesan positif yang telah terhasil melalui program ini dalam kalangan murid di seluruh negara.
"Ia memberi inspirasi kepada kami apabila melihat semangat dan keterlibatan mereka dalam mempelajari aspek kesihatan sambil berseronok," katanya ketika berucap dalam Majlis Penyampaian Anugerah Program Yakult Generasi Madani 2025 di Dewan Serbaguna, KPM pada Rabu.

Hadir sama Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad yang turut menyempurnakan majlis berkenaan.
Menurut Yanase, program tersebut menggabungkan pendidikan kesihatan dengan persembahan kreatif melalui aktiviti 'Yakult Dance Rope' bagi menarik minat generasi muda.
Kata beliau, pihaknya turut menyediakan pelbagai peralatan sokongan termasuk ceramah pemakanan yang dikendalikan oleh pakar, sesi interaktif melalui Jelajah Misi Sihat Yakult, portal dalam talian, poster pendidikan dan sumbangan tali lompat kepada setiap sekolah yang mengambil bahagian.
"Bagi pihak seluruh warga Yakult Malaysia, saya mengucapkan selamat maju jaya kepada semua sekolah yang menyertai program ini.
"Semoga program ini menjadi satu perjalanan yang bermakna dan transformasi ke arah gaya hidup yang lebih sihat serta bermakna untuk pemimpin masa depan kita.
"Kami komited untuk meneruskan kerjasama dengan KPM bagi memperluaskan lagi pelaksanaan program ini pada tahun hadapan, melibatkan lebih banyak sekolah, murid dan guru di seluruh negara melalui inisiatif pendidikan kesihatan yang bermakna lagi dinamik," ujarnya.
Majlis penutupan tahun ini turut meraikan pencapaian sekolah cemerlang atas kreativiti mereka sepanjang pelaksanaan program.
Antaranya pemenang utama Anugerah Sekolah Terbaik 2025 dimenangi Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru Bangi, Selangor dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Manjung, Perak.
Ia dikuti SK Damak Pahang dan SMK Beserah, Pahang sebagai Naib Johan diikuti SK St. Francis Xavier, Sabah serta SMK Mulong, Kelantan bagi tempat ketiga.
Selain itu, beberapa anugerah kategori khas turut disampaikan iaitu SK Taurid Taud dan SMK Keningau, kedua-duanya dari Sabah menerima Anugerah Amalan Pemakanan Sihat Terbaik.
SK Damak dan SMK Keningau pula memenangi Anugerah Kerjasama Kantin Terbaik, manakala SK Slim River dan SMK Beserah menerima Anugerah Kuiz Dalam Talian Terbaik.
Ringkasan AI
- Yakult mencatatkan penyertaan lebih 50,000 murid dan guru dalam Program Yakult Generasi Madani 2025
- Inisiatif bertujuan mendidik tentang pemakanan sihat dan penjagaan kesihatan usus serta menggalakkan kecergasan
- Program itu menjangkau 50 sekolah rendah dan menengah di seluruh negara
- Menggabungkan pendidikan kesihatan dengan persembahan kreatif melalui aktiviti 'Yakult Dance Rope'
- Program ini dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

