Nahas pesawat di Louisville ragut 3 nyawa, 11 cedera - Gabenor Kentucky

MOSCOW - Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh manakala 11 lagi cedera dalam nahas pesawat kargo di Louisville, kata Gabenor Kentucky Andy Beshear.
Pada Selasa, sebuah pesawat kargo MD-11 milik syarikat penghantaran UPS terhempas sejurus selepas berlepas dari lapangan terbang Louisville, Kentucky.
Syarikat itu berkata terdapat tiga kru berada di dalam pesawat berkenaan.
"Kami percaya terdapat sekurang-kurangnya tiga kematian, dan angka itu mungkin meningkat.
"Kami juga mempunyai sekurang-kurangnya 11 mangsa cedera, sebahagiannya parah dan sedang dirawat di hospital tempatan,” kata Beshear pada sidang media Selasa. - Bernama
Ringkasan AI
- Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh manakala 11 lagi cedera dalam nahas pesawat kargo di Louisville
- Pesawat kargo MD-11 milik syarikat penghantaran UPS terhempas sejurus selepas berlepas dari lapangan terbang Louisville, Kentucky
- Syarikat itu berkata terdapat tiga kru berada di dalam pesawat berkenaan
- Gabenor Kentucky Andy Beshear percaya terdapat sekurang-kurangnya tiga kematian, dan angka itu mungkin meningkat
- Sekurang-kurangnya 11 mangsa cedera, sebahagiannya parah dan sedang dirawat di hospital tempatan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
