Titan Flow lonjak infrastruktur mobiliti digital negara

KUALA LUMPUR - Touch ’n Go Sdn Bhd (Touch ’n Go) memperkenalkan ekosistem mobiliti pembayaran terbuka generasi baharu pada Ekspo Teknologi Jalan dan Trafik My-Asean (MyARTTE) 2025 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada Isnin.
Touch ’n Go dalam satu kenyataan memaklumkan, ekosistem baharu itu menandakan kemajuan besar dalam cara rakyat Malaysia bergerak, membuat pembayaran dan berhubung dalam kehidupan seharian.
Pameran yang berlangsung selama tiga hari itu memaparkan bagaimana teknologi yang dibangunkan di Malaysia sedang mengubah perjalanan daripada lebuh raya ke mobiliti harian melalui satu platform pembayaran terbuka yang menyeluruh. Pembentangan tersebut menampilkan Titan Flow, platform Multi-Lane Fast Flow (MLFF) home-grown Touch ’n Go bersama rangkaian inovasi digital merangkumi tol, parkir, transit dan pengurusan mobiliti korporat.
Kesemua produk tersebut membentuk satu ekosistem bersepadu yang direka untuk menjadikan perjalanan di seluruh negara lebih pantas, selamat dan benar benar lancar.

Pada masa sama, Touch ’n Go turut mendemonstrasikan kesiapsiagaan untuk melaksanakan sistem tol tanpa halangan yang tepat, boleh diskala dan sedia untuk penguatkuasaan, mencerminkan kekuatan syarikat di negara ini serta kapasiti yang semakin berkembang untuk menyokong penyelesaian mobiliti pembayaran terbuka di rantau ini.
Ekosistem mobiliti pembayaran Touch ’n Go menyokong lebih 24 juta pengguna eKYC (electronic Know Your Customer) dan empat juta pengguna Radio Frequency Identification (RFID), sekali gus me nyediakan asas yang kukuh dan selamat bagi tol digital seluruh negara serta pengalaman sistem pembayaran terbuka yang lancar.
Salah satu inovasi utama dalam ekosistem itu ialah SOS Balance, dikenali ‘Gerak Dulu, Nanti Roger!’, yang memberi manfaat kepada lebuh raya serta lebih 14 juta pemandu, dengan memudah cara lebih RM42 juta bayaran tol untuk mereka yang mempunyai baki tidak mencukupi dalam tempoh sembilan bulan sahaja.
Ciri ini membolehkan pemandu melalui tol dengan lancar walaupun baki rendah, sambil menawarkan tempoh tangguh selama 24 jam untuk menambah nilai Touch ’n Go eWallet.

Inisiatif itu dapat memastikan perjalanan tanpa gangguan untuk rakyat, melindungi hasil lebuh raya dan mengukuhkan keyakinan terhadap kebolehpercayaan ekosistem pembayaran Kumpulan Touch ’n Go.
Platform mobiliti Touch ’n Go adalah Titan Flow, sistem MLFF menyeluruh yang dibangunkan oleh rakyat Malaysia untuk rakyat Malaysia dan seterusnya.
Sistem ini menggabungkan RFID sebagai teknologi pengesanan utama bersama Automatic Number Plate Recognition (ANPR) dan 3D LiDAR,dipertingkat dengan kecerdasan buatan (AI).
AI membolehkan Titan Flow membezakan jenis kenderaan dengan lebih tepat dan mengelaskan secara automatik, sekali gus meningkatkan ketepatan tol dan keadilan kepada semua pengguna jalan raya.
Dengan bantuan penderia LiDAR, sistem AI menganalisis dimensi, kedudukan dan corak pergerakan setiap kenderaan, memastikan pengesanan yang boleh dipercayai walaupun dalam trafik kompleks dan keadaan cuaca tropika yang buruk.
Keupayaan pintar itu juga menyokong fungsi masa depan seperti penetapan kadar tol dinamik yang mana kadar boleh disesuaikan mengikut keadaan trafik atau kelas kenderaan bagi meningkatkan kecekapan jalan raya.

Touch ’n Go sepadukan parkir, pengangkutan awam Ekosistem mobiliti Touch ’n Go turut merangkumi parkir, pengangkutan awam dan Pengurusan Fleet Korporat.
Sistem itu menyepadukan parkir, pengangkutan awam
Pengecaman Plat Lesen (LPR) tanpa tiket dan tanpa tunai dengan pembayaran ‘On Street Parking’ di seluruh negara melalui Touch ’n Go eWallet.
Dalam pengangkutan awam, Digital Transit Pass yang dibangunkan bersama Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) membolehkan perjalanan tanpa had di rangkaian rel dan bas Rapid KL,me wujudkan pengalaman berulang-alik yang lebih lancar dan saling berhubung.
Platform Touch ’n Go Fleet Solutions menyediakan pemantauan masa nyata dan kawalan transaksi tol, memberikan syarikat keterlihatan, akauntabiliti dan kecekapan operasi yang lebih baik merentasi fleet kenderaan mereka.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Praba Sangarajoo berkata, Touch 'n Go me rupakan peneraju penyedia penyelesaian fintech dan mobiliti di Malaysia, dan akan meraikan ulang tahun ke-30 syarikat itu pada tahun 2026.
“Sejak sekian lama, kami terus berkembang dan memperkenalkan penyelesaian baharu yang memudahkan perjalanan yang dibangunkan oleh rakyat Malaysia untuk rakyat Malaysia, berasaskan teknologi tempatan dan inovasi home-grown.
“Dengan lebih 24 juta pengguna yang disahkan dan mempercayai platform kami, kami telah meningkatkan tahap kesederhanaan, keselamatan dan pengalaman pengguna dalam mobiliti,” kata beliau.
Jelas beliau, dibina dan diinovasikan oleh rakyat untuk rakyat Malaysia, Touch ’n Go terus memacu peralihan negara ke arah ekosistem mobiliti yang lebih terbuka, terhubung dan sedia untuk masa depan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
