Datuk bandar ditikam meninggal dunia

No Image Caption
A
A
A

WARSAW - POLAND. Seorang datuk bandar yang cedera parah akibat ditikam ketika menghadiri acara amal terbesar di Poland dilaporkan meninggal dunia di hospital.

Datuk Bandar Gdansk, Pawel Adamowicz, 53, diserang di hadapan ratusan tetamu, ketika berada di atas pentas dalam majlis Great Orchestra of Christmas Charity, semalam.

Beliau dikejarkan ke hospital dalam keadaan kritikal berikutan kecederaan perut yang serius dan terpaksa menjalani pembedahan.

Susulan insiden terbabit, seorang suspek berusia 27 tahun yang mempunyai rekod jenayah telah ditahan pihak berkuasa. - BBC

Artikel Berkaitan: