Dua bengkel kenderaan terbakar

KUALA LUMPUR - Dua bengkel kenderaan di Kepong Baru, di sini musnah dalam kebakaran pada Isnin.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan melalui sistem MERS999 berhubung kebakaran membabitkan dua bangunan dua tingkat itu pada jam 8.36 malam.
Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, seramai 41 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jinjang, Sri Hartamas, Wangsa Maju, Sentul dan Taman Tun Dr Ismail digerakkan ke lokasi yang jaraknya sejauh 2.8 kilometer.
"Sebaik tiba di lokasi enam minit kemudian, pasukan bomba mendapati api sedang marak. Kebakaran dianggarkan memusnahkan 75 peratus struktur, manakala sebuah lagi terbakar 50 peratus.
"Operasi dikawal sepenuhnya pada jam 9.26 malam dan ditamatkan pada jam 12.55 pagi. Tiada mangsa terlibat dalam insiden itu, siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kebakaran," ujarnya.
Ringkasan AI
- Dua bengkel kenderaan di Kepong Baru musnah dalam kebakaran
- Kebakaran berlaku pada jam 8.36 malam
- Seramai 41 anggota bomba digerakkan ke lokasi kejadian
- Kebakaran memusnahkan 75 peratus struktur bangunan pertama, yang kedua 50 peratus
- Tiada mangsa terlibat, siasatan punca kebakaran sedang dijalankan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
