KUSKOP fokus peningkatan skala digital PMKS

Khairul Dzaimee (tengah) dan Rizal (dua dari kiri) ketika melawat reruai Tech Spot selepas merasmikan Seminar Peningkatan Skala Digital untuk PKS.
Khairul Dzaimee (tengah) dan Rizal (dua dari kiri) ketika melawat reruai Tech Spot selepas merasmikan Seminar Peningkatan Skala Digital untuk PKS.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pemain industri Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) akan terus diperkasa dengan kemahiran pendigitalan dan teknologi menerusi pelbagai inisiatif di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).

Ketua Setiausaha KUSKOP, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, usaha pemerkasaan tersebut dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

“KUSKOP melalui agensi-agensinya seperti SME Corp Malaysia akan memastikan elemen pendigitalan dan teknologi diterapkan dalam pelbagai program dan inisiatif yang akan dilaksanakan dalam tempoh RMK13.

"Ini adalah selaras dengan aspirasi Dasar Keusahawanan Nasional 2030, untuk mewujudkan ekosistem pembangunan keusahawanan yang holistik dan komprehensif," katanya ketika berucap merasmikan Seminar Peningkatan Skala Digital PKS, di sini, pada Isnin.

Seminar bertemakan 'Tech Up, Scale Up! Elevate Your SME Journey through AI, Digital Transformation and Smart Solutions' tersebut dianjurkan oleh SME Corp Malaysia, memberi manfaat kepada lebih 250 PKS daripada pelbagai sektor.

Khairul Dzaimee (tengah), Rizal (dua dari kiri), Presiden SAMENTA, Datuk William Ng (kiri) bersama peserta Seminar Peningkatan Skala Digital untuk PKS.
Khairul Dzaimee (tengah), Rizal (dua dari kiri), Presiden SAMENTA, Datuk William Ng (kiri) bersama peserta Seminar Peningkatan Skala Digital untuk PKS.

Penganjuran seminar tersebut turut mendapat sokongan melalui kerjasama strategik bersama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), Federation of Malaysian Manufacturing (FMM) dan Small and Medium Enterprises Association of Malaysia (SAMENTA).

Ia bertujuan menggalakkan penerapan teknologi dan amalan digital sebagai strategi utama untuk meningkatkan tahap pendigitalan, kecekapan operasi dan pertumbuhan perniagaan yang mampan.

Program berkenaan juga disertai oleh 20 syarikat penyedia digital dan teknologi dengan memberi fokus kepada adaptasi teknologi seperti kecerdasan buatan (AI), automasi dan pembuatan pintar (smart manufacturing) bagi membantu PKS bersaing dalam ekonomi berteraskan inovasi dan teknologi.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Malaysia, Rizal Nainy berkata, SME Corp Malaysia kini memberi fokus bersasar bagi penskalaan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).

“Usaha tersebut demi melahirkan entiti perniagaan tempatan yang mempunyai keupayaan daya cipta dan nilai tambah yang tinggi serta mampu bersaing di pasaran domestik dan global," katanya.

Untuk rekod, seminar tersebut merupakan siri pertama bagi tahun 2025 yang diadakan di Kuala Lumpur, manakala siri kedua akan berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah pada 17 November 2025.

Inisiatif seumpama itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan KUSKOP dan SME Corp.

Untuk maklumat lanjut mengenai siri seminar, boleh layari laman sesawang, www.smecorp.gov.my atau platform media sosial rasmi SME Corp Malaysia.

 

Ringkasan AI

  • Pemain industri PKS akan diperkasa dengan kemahiran pendigitalan dan teknologi oleh KUSKOP Inisiatif ini dilaksanakan sepanjang RMK13 dan selaras dengan Dasar Keusahawanan Nasional 2030 Seminar Peningkatan Skala Digital PKS dianjurkan untuk manfaat lebih 250 PKS dari pelbagai sektor Program ini menggalakkan penerapan AI, automasi, dan pembuatan pintar untuk pertumbuhan perniagaan SME Corp Malaysia memberi fokus pada penskalaan PMKS untuk bersaing di pasaran domestik dan global

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!