Mayat reput ditemui dalam semak

Mayat seorang lelaki disyaki warga tempatan ditemui di kawasan semak berhampiran Taman Ghee Hiang
Mayat seorang lelaki disyaki warga tempatan ditemui di kawasan semak berhampiran Taman Ghee Hiang
A
A
A

GEORGE TOWN - Mayat seorang lelaki disyaki warga tempatan ditemui di kawasan semak berhampiran Taman Ghee Hiang, Lebuh Gelugor di sini pada Jumaat.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden Lee Swee Sake berkata, mayat berkenaan ditemui pada jam 7.20 malam oleh orang awam sebelum melaporkan penemuan itu kepada pihak polis

Menurutnya, hasil siasatan di tempat kejadian mendapati si mati dipercayai merupakan seorang lelaki warga tempatan berumur 45 tahun berdasarkan kepada dokumen pengenalan diri yang dijumpai di dalam pakaiannya.

Anggota polis melakukan siasatan di lokasi kejadian.
Anggota polis melakukan siasatan di lokasi kejadian.

"Pemeriksaan badan si mati dan sekitar tempat kejadian oleh pasukan Siasatan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Pulau Pinang dan Unit Pengesan K9 IPK Pulau Pinang tidak menjumpai sebarang kesan yang mencurigakan.

"Hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati punca kematian si mati tidak dapat dikenal pasti disebabkan mayat sudah reput. Bagaimanapun, tiada kesan cedera daripada perbuatan jenayah dikesan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Berikutan itu, Swee Sake berkata, kes terbabit diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan satu laporan telah dibuka untuk siasatan lanjut.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Mayat seorang lelaki disyaki warga tempatan ditemui di kawasan semak berhampiran Taman Ghee Hiang, Lebuh Gelugor
  • Mayat berkenaan ditemui pada jam 7.20 malam oleh orang awam sebelum melaporkan penemuan itu kepada pihak polis
  • Si mati dipercayai merupakan seorang lelaki warga tempatan berumur 45 tahun berdasarkan kepada dokumen pengenalan diri
  • Pemeriksaan oleh pasukan Siasatan Forensik tidak menjumpai sebarang kesan yang mencurigakan
  • Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut sedang dijalankan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!