Tujuh warga Malaysia diburu terlibat jenayah siber di Kemboja - Bukit Aman

SHAH ALAM - Polis Diraja Malaysia (PDRM) giat mengesan tujuh warga tempatan dipercayai terlibat dalam kegiatan jenayah siber yang berpangkalan di Kemboja.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, pihaknya telah menerima maklumat daripada pasukan Polis Singapura berhubung pendedahan penglibatan 27 warga Singapura dan tujuh warga Malaysia dalam jenayah terbabit berjumlah kira-kira RM130 juta.
"PDRM sedang melaksanakan tindakan untuk mengesan dan menahan semua individu disyaki terlibat.
"Kesemua warga Malaysia terbabit telah disenaraikan sebagai orang dikehendaki bagi tujuan tangkapan dan siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Beliau berkata, PDRM kekal komited memperhebat usaha pengesanan dengan menjalin kerjasama erat bersama agensi penguat kuasa dalam dan luar negara.
Katanya, PDRM menegaskan komitmen berterusan dalam memperkukuh jaringan kerjasama antarabangsa bagi membanteras jenayah rentas sempadan yang boleh mengancam keselamatan serta ketenteraman awam.
Ringkasan AI
- Polis Diraja Malaysia (PDRM) giat mengesan tujuh warga tempatan terlibat dalam kegiatan jenayah siber di Kemboja
- Penglibatan 27 warga Singapura dan tujuh warga Malaysia dalam jenayah tersebut berjumlah kira-kira RM130 juta
- Tindakan sedang dilakukan untuk mengesan dan menahan individu terlibat
- Warga Malaysia terbabit telah disenaraikan sebagai orang dikehendaki
- PDRM berkomitmen memperhebat usaha pengesanan dengan kerjasama agensi dalam dan luar negara
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
