Malaysia kekal perkukuh kerjasama strategik dengan AS atas prinsip keterbukaan - PM

Anwar semasa pertemuan bersama Scott Bessent di Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) di Gyeongju, Republik Korea. Foto Pejabat Perdana Menteri
Anwar semasa pertemuan bersama Scott Bessent di Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) di Gyeongju, Republik Korea. Foto Pejabat Perdana Menteri
A
A
A

GYEONGJU - Malaysia kekal komited memperkukuh kerjasama strategik dengan Amerika Syarikat (AS) atas landasan prinsip keterbukaan, keadilan dan hormat-menghormati, demi menjamin kestabilan, kemakmuran dan keamanan serantau serta sejagat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam pertemuan dua hala bersama Setiausaha Perbendaharaan AS, Scott Bessent di sini, beliau berkata, Bessent mengulangi penghargaan kepada Malaysia atas layanan baik yang diberikan kepada Presiden Donald Trump dan delegasi AS semasa di Kuala Lumpur baru-baru ini.

"Pertemuan kami hari ini secara tidak langsung meneruskan momentum hubungan erat yang telah terjalin semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan memberi ruang untuk kami membincangkan pelbagai aspek hubungan perdagangan serta kewangan antara Malaysia dan AS.

"Tumpuan turut diberikan kepada usaha memperkukuh pertalian ekonomi dua hala, termasuk komitmen bersama antara Perbendaharaan AS dan Bank Negara Malaysia dalam memastikan dasar pertukaran mata wang yang berdaya tahan, kestabilan pasaran kewangan serta tadbir urus yang telus dan berintegriti,” kata Anwar dalam satu kenyataan selepas mesyuarat itu di luar Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) pada Jumaat.

Perdana Menteri turut mengulangi ucapan terima kasih kepada Trump atas kunjungan yang mencerminkan iltizam tinggi kepimpinan AS dalam memperkukuh hubungan dua hala yang konstruktif, saling menghormati dan membawa manfaat bersama.

"Saya menghargai peranan dan sumbangan beliau dalam memperkukuh kerjasama ekonomi global, di samping usaha memperluas jaringan pelaburan, perdagangan dan keamanan yang inklusif berasaskan dialog, keadilan dan saling memahami,” kata beliau. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Malaysia kekal komited memperkukuh kerjasama strategik dengan Amerika Syarikat atas prinsip keterbukaan, keadilan dan hormat-menghormati
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu Setiausaha Perbendaharaan AS, Scott Bessent untuk membincangkan hubungan perdagangan dan kewangan
  • Bessent mengulangi penghargaan kepada Malaysia atas layanan baik kepada Presiden Donald Trump dan delegasi AS semasa di Kuala Lumpur
  • Pertemuan itu meneruskan momentum hubungan erat Malaysia-AS yang telah terjalin semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-47
  • Tumpuan diberikan kepada usaha memperkuat pertalian ekonomi dua hala dan memastikan dasar pertukaran mata wang yang berdaya tahan serta kestabilan pasaran kewangan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!