Polis kesan waris mayat ditemui terdampar di Teluk Cempedak

KUANTAN- Polis sedang mengesan waris mayat seorang lelaki yang ditemui terdampar di pesisir Pantai Teluk Cempedak, di sini pada Rabu lalu.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, mayat lelaki berusia dalam lingkungan 20-an ditemui kira-kira jam 3.48 petang tanpa sebarang pengenalan diri.
Menurutnya, ketika ditemui mayat dalam keadaan tidak berbaju dan hanya berseluar panjang berwarna hitam.
"Mayat lelaki itu masih berada di Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) sementara warisnya dikesan untuk pengecaman dan proses tuntutan jenazah," katanya.
Ashari berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian atau kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi pegawai penyiasat kes melalui talian 019-9152879.
Ringkasan AI
- Polis sedang mengesan waris mayat lelaki ditemui di Pantai Teluk Cempedak
- Mayat tanpa identiti, berusia dalam lingkungan 20-an
- Mayat ditemukan tidak berbaju, hanya berseluar panjang hitam
- Mayat berada di Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan sementara menanti pengecaman
- Orang ramai dengan maklumat diminta hubungi pegawai penyiasat
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

