Marah isteri curang, suami nekad roboh rumah sendiri

Jengkaut dikendalikan lelaki berkenaan sedang meruntuhkan rumahnya sedikit demi sedikit hingga akhirnya menjadi rata dengan tanah.
Jengkaut dikendalikan lelaki berkenaan sedang meruntuhkan rumahnya sedikit demi sedikit hingga akhirnya menjadi rata dengan tanah.
A
A
A

JAKARTA – Seorang lelaki di Sragen, Jawa Tengah bertindak luar jangka apabila merobohkan rumahnya sendiri menggunakan jengkaut selepas tidak dapat menahan amarah akibat kecurangan isterinya.

Kejadian tersebut menjadi tular di media sosial selepas video berdurasi beberapa minit dimuat naik di platform TikTok, memaparkan lelaki berkenaan mengendalikan sebuah jengkaut yang sedang meruntuhkan rumahnya sedikit demi sedikit sehingga rata dengan tanah.

Menurut laporan portal Lambe Turah, tindakan drastik itu dipercayai berpunca daripada perasaan kecewa dan marah yang memuncak selepas lelaki terbabit mengetahui isterinya berlaku curang.

“Lagi insiden kecurangan hingga rumah dirobohkan di Sragen. Kecurangan membuatkan si suami marah,” demikian kapsyen yang dimuat naik bersama rakaman video tersebut.

Beberapa penduduk tempatan dilaporkan berada di lokasi kejadian dan menyaksikan tindakan lelaki itu dengan wajah terkejut. Namun begitu, dia tetap meneruskan perbuatannya tanpa menghiraukan pandangan orang sekeliling.

Difahamkan, rumah berkenaan dibina hasil titik peluh lelaki tersebut dan menjadi simbol jerih perih kehidupannya bersama keluarga selama ini.

Tindakan nekad itu telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial. Ada yang menyifatkannya sebagai luahan emosi marah dan kekecewaan yang tidak tertanggung, manakala sebahagian yang lain mengecam tindakannya kerana memusnahkan harta yang dibina dengan susah payah.

Setakat ini, tiada laporan rasmi daripada pihak berkuasa tempatan berhubung kejadian berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang lelaki di Sragen, Jawa Tengah merobohkan rumahnya sendiri kerana marah isteri curang
  • Kejadian merobohkan rumah menggunakan jengkaut itu tular di TikTok
  • Tindakan tersebut berakar dari perasaan kecewa dan marah atas kecurangan isteri
  • Penduduk tempatan menyaksikan kejadian tersebut dengan rasa terkejut
  • Rumah yang dirobohkan dibina dari hasil titik peluh lelaki tersebut, simbol usaha hidup bersama keluarga

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!