Farm Fresh luas sayap ke Kemboja

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM – Syarikat pengeluar susu tempatan, Farm Fresh Berhad, melangkah setapak ke hadapan apabila menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Alpha Group Co. Ltd bagi membangunkan ladang tenusu berskala besar serta kemudahan pembuatan produk tenusu di Kemboja.

Majlis menandatangani MoU itu diadakan di ibu negara dan disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri Kemboja, Yang Berhormat Sun Chanthol.

MoU tersebut dibuat antara Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Farm Fresh Berhad, Loi Tuan Ee, dan Pengerusi serta Pengasas Alpha Group, Neak Oknha Ly Kunthai.

No Image Caption

Sun Chanthol yang juga Naib Pengerusi Pertama Majlis Pembangunan Kemboja berkata, kerajaan Kemboja mengalu-alukan pelaburan Farm Fresh di negaranya memandangkan Kemboja masih bergantung kepada susu segar import dan produk tenusu.

Beliau turut memberi jaminan bahawa kerajaan Kemboja akan memberikan sokongan serta memudahkan pelaburan syarikat Malaysia itu di negara tersebut.

Menurut kenyataan Farm Fresh, kerjasama berkenaan bukan sekadar langkah pengembangan perniagaan, sebaliknya melambangkan perkongsian kepakaran dalam menghasilkan susu segar berkualiti tinggi melalui amalan penternakan yang lestari dan beretika.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

“Dengan menggabungkan kepakaran Farm Fresh dalam pengeluaran tenusu moden serta potensi pertanian Kemboja yang sedang berkembang, kerjasama ini akan memperkukuh rantaian bekalan tenusu tempatan, mengurangkan kebergantungan terhadap import, mewujudkan peluang pekerjaan baharu dan pembangunan kemahiran kepada penternak Kemboja.

“Akhirnya, ia akan membawa susu yang lebih segar dan berkualiti kepada lebih banyak komuniti di rantau Asia Tenggara,”katanya dalam satu kenyataan.

Langkah strategik itu turut menandakan komitmen Farm Fresh untuk terus memperluas falsafah ‘grass-to-glass’ syarikat dalam memastikan pengguna menikmati susu segar terus dari ladang ke gelas di seluruh rantau ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!