X

Kindly register in order to view this article
!

Sterling masih sayang Liverpool

Raheem Sterling
Raheem Sterling
A
A

PEMAIN sayap Manchester City, Raheem Sterling mengakui masih menyayangi kelab lamanya, Liverpool yang banyak menaikkan namanya dalam sukan bola sepak dunia.

Menurutnya, walaupun perpindahannya dari The Reds ke City pada 2015 tidak disenangi penyokong Liverpool, namun dia tidak pernah ambil hati dan tetap menghargai setiap pihak yang memberikan sokongan kepadanya ketika di Anfield.

Malah, Sterling juga tidak menafikan sekiranya dia mahu kembali menyarung jersi pasukan itu pada masa akan datang.

"Adakah saya akan kembali bersama Liverpool? Jujur saya katakan bahawa saya cintakan Liverpool.

"Tetapi jangan disalah erti. Pasukan itu sentiasa di hati saya kerana di sana tempat saya belajar mengenai bola sepak," katanya.

Sterling dijual Liverpool ke City pada musim panas 2015 selepas dia menolak kontrak baharu yang ditawarkan The Reds sekali gus menimbulkan kemarahan penyokong.

Tindakan Sterling menolak kontrak tersebut mengundang padah kepadanya apabila dijadikan bahan cemuhan penyokong Liverpool setiap kali perlawanan antara kedua-dua pasukan berlangsung.

Malah, Sterling juga tidak pernah tampil cemerlang ketika menentang bekas kelabnya itu dengan hanya mampu menjaringkan satu gol dan dua bantuan gol dalam 11 pertemuan tersebut.

Bagaimanapun, kata Sterling, dia tidak pernah ambil hati sebaliknya memahami kekecewaan penyokong Liverpool yang sering kali mengkritiknya.

Prestasi pemain kelahiran England itu bersama City ketika ini juga menjadi tanda tanya selepas hanya menjaringkan 11 gol dan satu bantuan gol dalam semua kejohanan berbanding 17 gol dan 10 bantuan gol yang dibuatnya pada musim 2018-2019.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!