Hilang di Tumpat, nelayan ditemukan selamat di Bachok

Isa (kanan) yang dilaporkan hilang selepas keluar menangkap ikan di perairan Pantai Haji Nik Mat, Tumpat pada Isnin ditemukan selamat berhampiran muara Pantai Senok, Bachok pada Selasa. Foto: PDRM
Isa (kanan) yang dilaporkan hilang selepas keluar menangkap ikan di perairan Pantai Haji Nik Mat, Tumpat pada Isnin ditemukan selamat berhampiran muara Pantai Senok, Bachok pada Selasa. Foto: PDRM
A
A
A

TUMPAT - Seorang nelayan yang dilaporkan hilang selepas keluar menangkap ikan di perairan Pantai Haji Nik Mat di sini ditemukan selamat berhampiran muara Pantai Senok, Bachok pada Selasa.

Mangsa, Isa Ismail, 67, ditemukan pada jam 10.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd Khairi Shafie berkata, terdahulu pihaknya menerima laporan daripada anak mangsa, Mohd Zainudin Ismail berhubung kehilangan ayahnya selepas keluar menangkap ikan di perairan Pulau Pantai Haji Nik Mat, Palekbang pada Isnin.

"Warga emas berkenaan dilaporkan telah keluar menangkap ikan pada jam 7.30 pagi.

"Mangsa menghubungi anaknya dan memaklumkan bahawa enjin bot miliknya tidak dapat dihidupkan," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, mangsa bagaimanaun telah terputus hubungan pada jam 6 petang dengan lokasi terakhir dikenal pasti di sekitar Pantai Senok.

Ujarnya, susulan itu gerakan mencari dan menyelamat (SAR) telah digerakan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan serta Pasukan Polis Marin di sekitar perairan Tumpat hingga Bachok.

Mohd Khairi memberitahu, mangsa kemudian telah ditemukan selamat pada jam 10.30 pagi berhampiran Muara Pantai Senok.

"Mangsa menzahirkan penghargaan kepada semua agensi penyelamat dan komuniti setempat atas kerjasama yang diberikan dalam misi pencarian tersebut," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Hilang di Tumpat, nelayan ditemukan selamat di Bachok Nelayan yang hilang itu ialah Isa Ismail, berumur 67 tahun Isa dilaporkan hilang selepas keluar menangkap ikan di Pantai Haji Nik Mat, Palekbang Beliau ditemukan di berhampiran muara Pantai Senok, Bachok Operasi pencarian dan penyelamat dilakukan oleh Maritim Malaysia Kelantan dan Pasukan Polis Marin

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!