Grab perkenal ‘Grab ASEAN Delegate Pass’ sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47

Perjalanan Grab dari MyTeksi di Malaysia hingga meluas ke seluruh Asia Tenggara dipaparkan di KLCC Convex Crossing.
Perjalanan Grab dari MyTeksi di Malaysia hingga meluas ke seluruh Asia Tenggara dipaparkan di KLCC Convex Crossing.
A
A
A

SHAH ALAM - Grab Malaysia memperkenalkan ‘Grab ASEAN Delegate Pass’ sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 bagi memberi kemudahan dan pengalaman terbaik kepada pemimpin serta delegasi yang hadir ke negara ini.

Sebagai rakan strategik kepada Kementerian Luar Negeri, inisiatif berkenaan dilaksanakan di bawah kempen #GrabBersamaASEAN, bertujuan mengalu-alukan kehadiran pemimpin, delegasi dan wakil media ASEAN ke Kuala Lumpur.

Menerusi pas khas itu, Grab menawarkan diskaun eksklusif bagi perkhidmatan pengangkutan, makanan dan kedai bagi memastikan setiap delegasi dapat menikmati perkhidmatan terbaik sepanjang berada di Malaysia.

Papan iklan di sepanjang lebuh raya dan paparan digital berimpak tinggi di sekitar Pusat Bandaraya Kuala Lumpur antara inisiatif untuk menyambut pelawat ASEAN.
Papan iklan di sepanjang lebuh raya dan paparan digital berimpak tinggi di sekitar Pusat Bandaraya Kuala Lumpur antara inisiatif untuk menyambut pelawat ASEAN.

Grab yang kini beroperasi di lapan negara ASEAN turut komited untuk memastikan setiap delegasi berasa dialu-alukan dan seperti berada di rumah sendiri, dengan kemudahan perjalanan serta penghantaran yang lancar.

Selain itu, paparan visual di sekitar lokasi terpilih turut mengetengahkan kisah kejayaan Grab yang bermula sebagai MyTeksi di Malaysia pada 2012 sebelum berkembang pesat ke seluruh Asia Tenggara sebagai peneraju teknologi serantau.

Melalui kempen #GrabBersamaASEAN, Grab menzahirkan sokongan terhadap tema Keterangkuman dan Kelestarian yang menjadi agenda utama Pengerusi ASEAN 2025, seiring usaha memperkukuh keterangkuman digital, pemerkasaan ekonomi dan kelestarian di rantau ini.

Grab Malaysia turut berbangga menjadi sebahagian daripada penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan menyifatkannya sebagai satu detik penting dalam memperkukuh hubungan serantau serta mempromosikan semangat perpaduan ASEAN.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Grab Malaysia memperkenalkan 'Grab ASEAN Delegate Pass' untuk Sidang Kemuncak ASEAN ke-47
  • Sebagai rakan strategik Kementerian Luar Negeri dalam kempen #GrabBersamaASEAN
  • Menawarkan diskaun eksklusif untuk perkhidmatan pengangkutan, makanan dan kedai kepada delegasi
  • Beroperasi di lapan negara ASEAN dan berkomitmen meyakinkan setiap delegasi berasa seperti di rumah sendiri
  • Menyokong tema Keterangkuman dan Kelestarian yang menjadi agenda utama Pengerusi ASEAN 2025

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!