Anggota polis disiasat selepas video merokok dalam restoran tular

KLUANG – Anggota polis yang dirakam merokok di dalam sebuah restoran di Taman Tasik Indah di sini sedang disiasat selepas video berkenaan tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, hasil semakan mendapati individu dalam video tersebut merupakan anggota yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang.
“IPD Kluang akan menjalankan siasatan tatatertib ke atas anggota terbabit termasuk dari aspek penyeliaan.
"Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pegawai atau anggota yang mencemarkan imej pasukan,” katanya dalam kenyataan.
Sebelum itu, tular video berdurasi tujuh saat memaparkan dua anggota beruniform berada di sebuah premis kedai makan di mana salah seorang dilihat merokok.
Ringkasan AI
- Anggota polis dirakam merokok dalam restoran di Taman Tasik Indah, Kluang sedang disiasat
- Individu dalam video adalah anggota bertugas di IPD Kluang
- Siasatan tatatertib termasuk dari aspek penyeliaan akan dijalankan
- PDRM tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap pegawai atau anggota yang mencemarkan imej pasukan
- Video tular menunjukkan dua anggota beruniform, salah seorang merokok di kedai makan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

