Trump ucap terima kasih kepada Anwar kerana kejayaan mengantara perjanjian damai Thailand-Kemboja

KUALA LUMPUR - [KEMAS KINI] Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kejayaan beliau menjadi perantara kepada pemeteraian perjanjian damai antara Kemboja dan Thailand pada Ahad.
Trump menyifatkan Anwar sebagai tokoh hebat dan bersejarah atas peranannya dalam perjanjian damai itu, sambil menegaskan bahawa beliau berasa terpanggil untuk melawat Malaysia sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 selepas Anwar berjaya menyelesaikan pertikaian antara kedua-dua negara berkenaan.
"Kedua-dua pemimpin (Thailand dan Kemboja) amat menghormati antara satu sama lain, namun Perdana Menteri (Anwar) memainkan peranan penting dalam membantu mempertemukan kedua-dua pihak untuk mengadakan rundingan di Kuala Lumpur," katanya.
Trump berkata demikian sebelum menyaksikan majlis menandatangani perjanjian damai "Delivering Peace - Cambodia-Thailand Peace Deal" di sini hari ini.
Turut hadir ialah Anwar, Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul dan Perdana Menteri Kemboja Hun Manet. - Bernama
Ringkasan AI
- Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana berjaya menjadi perantara perjanjian damai antara Kemboja dan Thailand
- Trump menyebut Anwar sebagai tokoh hebat dan bersejarah dalam mencapai perjanjian damai tersebut
- Trump berasa terpanggil untuk melawat Malaysia sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 kerana kejayaan Anwar
- Anwar memainkan peranan penting dalam pertemuan kedua-dua pihak untuk rundingan di Kuala Lumpur
- Majlis menandatangani perjanjian damai antara Kemboja dan Thailand disaksikan oleh Trump, Anwar, Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul dan Perdana Menteri Kemboja Hun Manet
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

