Himpunan Bantah Trump laung 'free free Palestin' di Dataran Merdeka

Kumpulan peserta himpunan Bantah Trump berkumpul di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur dengan memegang plakad serta bendera Palestin pada Ahad. Foto Sinar Harian
Kumpulan peserta himpunan Bantah Trump berkumpul di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur dengan memegang plakad serta bendera Palestin pada Ahad. Foto Sinar Harian
A
A
A

KUALA LUMPUR - 'Free free Palestin' dilaungkan kumpulan peserta Himpunan Bantah Trump di Dataran Merdeka, di sini pada Ahad.

Tinjauan Sinar Harian mendapati kumpulan peserta mula berada di sekitar Dataran Merdeka bermula kira-kira jam 9.30 pagi.

Kelihatan kalangan peserta mengibarkan bandera Palestin selain plakad berkaitan bantahan tentang tindakan genosid.

Turut kelihatan kehadiran Pengerusi Biro Antarabangsa Amanah, Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad serta aktivis yang juga bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua.

Terdahulu, himpunan terbabit dijadualkan berlangsung di Ampang Park, Jalan Ampang sebelum diubah saat akhir di Dataran Merdeka.

Media sebelum ini melaporkan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dijadual tiba di Malaysia pada Ahad ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang akan berlangsung di ibu negara.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus menegaskan bahawa masyarakat perlu mematuhi undang-undang selaras dengan nilai demokrasi yang diamalkan di negara ini bagi menjaga keamanan dan kesejahteraan orang awam.

Menurut Fadil, lokasi Ampang Park tidak bersesuaian sebagai tempat berhimpun berdasarkan risikan dan analisis pihak polis kerana jaraknya kira-kira 50 meter daripada zon merah.

Zon merah ini dalam kawasan di mana penglibatan aktif laluan-laluan protokol semua delegasi ASEAN.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • 'Free free Palestin' dilaungkan kumpulan peserta Himpunan Bantah Trump di Dataran Merdeka
  • Kumpulan peserta mula berkumpul di Dataran Merdeka jam 9.30 pagi
  • Peserta mengibarkan bendera Palestin dan plakad bantahan genosid
  • Pengerusi Biro Antarabangsa Amanah dan bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua, hadir
  • Lokasi himpunan asal di Ampang Park ditukar ke Dataran Merdeka kerana isu keselamatan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!