Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Johor maut kemalangan

Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Johor (DPPNJ), Muhammad Ariff Haron, 33, maut selepas motosikal ditungganginya terbabit kemalangan
Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Johor (DPPNJ), Muhammad Ariff Haron, 33, maut selepas motosikal ditungganginya terbabit kemalangan
A
A
A

JOHOR BAHRU – Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Johor (DPPNJ), Muhammad Ariff Haron, 33, maut selepas motosikal ditungganginya terbabit kemalangan ketika dalam perjalanan menghadiri program Permukiman Pemuda Pas Negeri Johor di Pagoh, pada Sabtu.

Ketua Pemuda DPPNJ, Mohd Ridhwan Salamun berkata, kejadian berlaku di Kilometer 48.1 Lebuhraya Utara Selatan arah utara pada kira-kira jam 11.54 tengah hari.

Menurutnya, sebelum kejadian, Allahyarham sempat menghantar isteri dan tiga anaknya ke rumah mentua di Ulu Tiram dengan menaiki kereta sebelum menunggang motosikal seorang diri ke Pagoh bagi menghadiri program berkenaan.

“Allahyarham seorang yang sangat komited dengan tanggungjawab parti. Beliau dalam usaha menghadirkan diri ke program penting Pemuda Pas Johor meskipun terpaksa menempuh perjalanan jauh.

“Beliau dikenali sebagai seorang yang tenang, lemah lembut dalam pertuturan, namun tegas dalam prinsip perjuangan,” katanya.

Jelasnya, Allahyarham yang juga Pengetua Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam (SMITI) Johor pernah menerima Anugerah Tokoh Pendidik SMITI dalam Konvensyen Pendidik Pas Pusat di Kompleks Pas Kedah sebelum ini.

“Pemergian beliau satu kehilangan besar kepada keluarga, sahabat serta seluruh warga Pas Johor. Jenazah Allahyarham disolatkan di Masjid Mukminin, Bandar Tiram sebelum dikebumikan," ujarnya.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan tiga anak yang masih kecil, dengan yang sulung berusia enam tahun.

 

Artikel Berkaitan:

 

 

Ringkasan AI

  • Naib Presiden Dewan Pemuda Pas Negeri Johor, Muhammad Ariff Haron, maut dalam kemalangan motosikal
  • Kemalangan terjadi ketika dalam perjalanan ke program Permukiman Pemuda Pas di Pagoh
  • Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan tiga anak
  • Allahyarham dikenali sebagai individu yang komited dengan tanggungjawab parti dan lemah lembut dalam pertuturan
  • Sebelumnya, Ariff Haron pernah menerima Anugerah Tokoh Pendidik SMITI

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!