Hakim Danish naik pangkat ke Moto3

PELUMBA muda negara, Hakim Danish Ramli terus mencipta sejarah apabila bakal beraksi dalam Moto3 Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) 2026 bersama MSI Racing Team.
Pengumuman rasmi itu dibuat pasukan berkenaan yang dikongsikan ZK Racing di laman media sosial sekali gus mengesahkan tempat Hakim dalam barisan pelumba tetap mereka bagi musim depan.
Peluang keemasan itu hadir selepas pelumba berusia 18 tahun dari Terengganu itu mempamerkan prestasi konsisten dan kematangan luar biasa sepanjang kempen perlumbaan Red Bull Rookies Cup dan JuniorGP yang membuka mata komuniti roda dua antarabangsa.
Perkhabaran gembira itu juga menamatkan teka-teki mengenai masa depan pelumba wildcard itu selepas menamatkan saingan Red Bull MotoGP Rookies Cup (RBMRC) 2025 di kedudukan ketiga keseluruhan.
Penyertaan Hakim Danish dalam Moto3 bukan sekadar mengangkat maruah sukan permotoran negara malah suntikan semangat buat pelumba berjiwa kental itu yang akan beraksi di GP Malaysia menerusi tiket wild card bersama pasukan AEON Credit SIC Racing MSI.
Ringkasan AI
- PELUMBA muda negara, Hakim Danish Ramli akan beraksi dalam Moto3 Kejuaraan Motosikal Dunia 2026 bersama MSI Racing Team
- Pengumuman rasmi dibuat oleh pasukan yang dikongsikan ZK Racing di laman media sosial
- Hakim berusia 18 tahun dari Terengganu mempamerkan prestasi konsisten sepanjang kempen perlumbaan Red Bull Rookies Cup dan JuniorGP
- Masa depan Hakim disahkan selepas kedudukan ketiga keseluruhan di Red Bull MotoGP Rookies Cup 2025
- Penyertaan Hakim dalam Moto3 mengangkat maruah sukan permotoran negara dan ia akan beraksi di GP Malaysia dengan tiket wild card bersama pasukan AEON Credit SIC Racing MSI
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
