Tugu misteri sudah dimusnahkan pemilik tanah

SEREMBAN – Tanda tugu misteri yang menimbulkan kegusaran penduduk di Jalan Tasik Senangin 10/5, Bandar Tasik Senangin di sini telah pun dimusnahkan oleh pemilik tanah.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Datuk Mohd Asna Amin berkata, beliau dimaklumkan mengenai perkara itu oleh Majlis Bandaraya Seremban(MBS) sebentar tadi.
"MBS maklumkan yang pemilik tanah telah arahkan pekerjanya pecahkan tugu tersebut bagi meredakan keadaan.
"Saya harap selepas ini tidak timbul lagi apa-apa isu dan penduduk juga dinasihatkan bertenang," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Jelas Mohd Asna, beliau menerima maklumat mengenai struktur tersebut telah dimusnahkan daripada pihak polis sekitar jam 8.20 malam.
"Pihak polis ke lokasi untuk mengambil gambar, tapi terkejut sebaik mendapati ia telah dimusnahkan,"katanya.
Sebelum ini, media melaporkan bahawa Majlis Bandaraya Seremban (MBS) mengesahkan tugu berkenaan dibina di atas tanah milik persendirian.
Ringkasan AI
- Tanda tugu misteri di Jalan Tasik Senangin, Seremban telah dimusnahkan oleh pemilik tanah
- ADUN Lenggeng, Datuk Mohd Asna Amin dimaklumkan oleh MBS mengenai pemusnahan tugu
- Pemilik tanah arahkan pekerja pecahkan tugu untuk meredakan keadaan
- Mohd Asna harap tidak timbul lagi isu dan penduduk dinasihatkan bertenang
- Maklumat pemusnahan tugu diterima dari pihak polis yang terkejut tugu sudah dimusnahkan sewaktu mereka sampai untuk ambil gambar
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

