Lelaki ditahan bersama 1 kg serbuk ekstasi di tepi jalan

Antara peket berwarna hitam dipercayai mengandungi dadah jenis ekstasi yang berjaya dirampas daripada seorang lelaki ditepi Jalan Raja Udang, Taman Sam Hoe, Kluang. Foto IPD Kluang
Antara peket berwarna hitam dipercayai mengandungi dadah jenis ekstasi yang berjaya dirampas daripada seorang lelaki ditepi Jalan Raja Udang, Taman Sam Hoe, Kluang. Foto IPD Kluang
A
A
A

KLUANG – Tindakan mencurigakan seorang lelaki di tepi Jalan Raja Udang, Taman Sam Hoe di sini pada tengah malam Selasa membawa kepada penemuan lebih satu kilogram dadah disyaki serbuk ekstasi.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, suspek berusia 29 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang kira-kira jam 12.10 tengah malam.

“Hasil pemeriksaan menemui 20 peket plastik berwarna hitam yang disyaki mengandungi serbuk ekstasi seberat keseluruhan 1,090 gram, disimpan dalam satu beg berzip hitam.

“Turut disita wang tunai sebanyak RM200 dengan nilai keseluruhan dadah dan sitaan dianggarkan berjumlah RM12,250,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Bahrin, semakan lanjut mendapati suspek mempunyai 11 rekod lampau berkaitan kesalahan dadah. Ujian saringan air kencing yang dijalankan juga mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengedar dadah, dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama kerana mengambil dadah,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Tindakan mencurigakan lelaki di Kluang bawa kepada penemuan 1kg serbuk ekstasi
  • Suspek berusia 29 tahun ditahan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik
  • Didapati menyimpan 20 peket plastik hitam mengandungi serbuk ekstasi
  • Jumlah nilai dadah dan sitaan dianggarkan RM12,250
  • Suspek positif methamphetamine, mempunyai 11 rekod lampau kesalahan dadah

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!