[VIDEO] Tertembak abang ipar, mayat ditinggal tepi jalan: Lelaki mengaku tidak bersalah

A
A
A

SELAYANG – Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat, atas satu pertuduhan menyebabkan kematian abang iparnya di sebuah kawasan hutan di sini, minggu lalu.

Muhamad Zaid Zakaria, 33, yang merupakan penjual daging mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret, Sabreena Bakar@ Bahari.

Mengikut pertuduhan, bapa kepada empat anak itu didakwa melakukan satu perbuatan gopoh atau cuai sehingga menyebabkan kematian Nor Azuar Juyob, 43.

Kesalahan didakwa dilakukan di kawasan hutan Taman Pinggiran Batu Caves, Gombak di sini pada jam 8 malam, 28 September lalu.

Seorang lelaki mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan menyebabkan kematian abang iparnya di sebuah kawasan hutan di sini, minggu lalu.
Seorang lelaki mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan menyebabkan kematian abang iparnya di sebuah kawasan hutan di sini, minggu lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara selama dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Iqbal Azman mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin termasuk syarat tambahan melapor diri di balai polis berdekatan sekali setiap bulan.

Bagaimanapun, peguam, Sukhdev Singh yang mewakili tertuduh merayu anak guamnya diberi ikat jamin pada kadar minimum dengan alasan perlu menanggung keluarga termasuk isteri yang juga suri rumah.

Artikel Berkaitan:

Pihak polis membawa Muhamad Zaid ke Mahkamah Majistret Selayang pada Jumaat bagi menghadapi satu pertuduhan menyebabkan kematian abang iparnya di sebuah kawasan hutan di sini, minggu lalu. Foto Sinar Harian
Pihak polis membawa Muhamad Zaid ke Mahkamah Majistret Selayang pada Jumaat bagi menghadapi satu pertuduhan menyebabkan kematian abang iparnya di sebuah kawasan hutan di sini, minggu lalu. Foto Sinar Harian

“Mangsa dalam kes ini merupakan abang ipar tertuduh sendiri malah isteri mangsa yang juga kakak kandung tertuduh hadir untuk menjamin,” katanya.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua pihak, Majistret, Sabreena membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan yang dicadangkan pihak pendakwaan.

Sebutan semula kes berkenaan ditetapkan pada 18 Disember depan.

Pada 30 September lalu, Sinar Harian melaporkan, demi menutup kejadian sebenar, sekumpulan lelaki dilaporkan membawa mayat rakan mereka hampir 300 kilometer dari Batu Caves di sini ke Kampung Selamat, Semanggol dekat Bagan Serai, Perak.

Mangsa, seorang lelaki berusia 43 tahun itu ditemui meninggal dunia di tepi jalan tidak berturap di Kampung Selamat dengan tiga kesan tembakan di belakang badan.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, hasil siasatan mendapati mangsa dipercayai terkena tembakan secara tidak sengaja ketika keluar memburu bersama rakannya di kawasan hutan di Batu Caves.

 

 

Ringkasan AI

  • Seorang lelaki mengaku tidak bersalah menyebabkan kematian abang iparnya di kawasan hutan dekat Batu Caves
  • Muhamad Zaid Zakaria didakwa kerana perbuatannya yang gopoh dan cuai
  • Tertuduh, seorang penjual daging dan bapa kepada empat anak
  • Ikat jamin ditetapkan RM6,000 berserta syarat melapor diri di balai polis setiap bulan
  • Mangsa meninggal dunia dengan tiga kesan tembakan dan mayat dibawa 300km dari tempat kejadian

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!