Dua lelaki lemas ketika mandi di Pantai Chenang

Kedua-dua mangsa yang lemas diselamatkan oleh orang ramai menggunakan ski jet dan dibawa ke tepi pantai. Foto hiasan
Kedua-dua mangsa yang lemas diselamatkan oleh orang ramai menggunakan ski jet dan dibawa ke tepi pantai. Foto hiasan
A
A
A

ALOR SETAR - Dua lelaki lemas ketika mandi di Pantai Chenang, Langkawi, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintenden Samsulmuddin Sulaiman berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi menerima maklumat mengenai kejadian dua lelaki tempatan lemas di kawasan pantai itu pada 6.05 petang.

"Mangsa berusia 38 dan 46 tahun berasal dari Selangor datang ke Langkawi bersama keluarga untuk bercuti.

"Kedua-dua mangsa yang lemas diselamatkan oleh orang ramai menggunakan ski jet dan dibawa ke tepi pantai," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Maliha, Langkawi, namun pemeriksaan di wad kecemasan mendapati kedua-duanya telah meninggal dunia.

"Kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR),” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Dua lelaki lemas ketika mandi di Pantai Chenang, Langkawi
  • Timbalan Ketua Polis Daerah Langkawi mengumumkan kejadian itu terjadi pada 6.05 petang
  • Mangsa berusia 38 dan 46 tahun, berasal dari Selangor dan sedang bercuti bersama keluarga
  • Kedua-dua mangsa diselamatkan oleh orang ramai menggunakan ski jet tetapi sudah meninggal ketika sampai ke hospital
  • Kes ini diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!