Rundingan perdagangan Malaysia-AS hampir selesai - PM

PUTRAJAYA – Rundingan perdagangan antara Malaysia dan Amerika Syarikat hampir mencapai penyelesaian sepenuhnya, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ujar beliau, hanya sebahagian kecil isu teknikal masih belum dimuktamadkan dan ia akan dibentangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat ini.
“Saya boleh katakan 99.9 peratus sudah diselesaikan. Baki 0.01 peratus lagi akan diselesaikan dalam mesyuarat Kabinet pada Jumaat,” katanya pada Sesi Taklimat Bersama Ketua Pengarang Media Tempatan dan Antarabangsa di sini, pada Rabu.
Menurutnya, Malaysia akan terus memperkukuh kerjasama perdagangan dan pelaburan dengan rakan utama, khususnya dalam sektor semikonduktor, kecerdasan buatan (AI), digital dan tenaga, sambil memastikan kepentingan negara serta pembangunan mampan kekal terpelihara.
Beliau berkata, Malaysia kekal terbuka untuk memberi tumpuan sewajarnya kepada AS dalam kerjasama perdagangan dan semikonduktor, pada masa sama memperkukuh hubungan dengan ekonomi lain.
“Semikonduktor merupakan antara bidang utama. Begitu juga AI, digital dan tenaga, semuanya sedang melalui siri rundingan yang kita harap dapat dimuktamadkan hari ini sebelum dibentangkan kepada Kabinet pada Jumaat,” katanya.
Ringkasan AI
- Rundingan perdagangan antara Malaysia dan Amerika Syarikat hampir mencapai penyelesaian sepenuhnya kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim
- Hanya sebahagian kecil isu teknikal masih belum dimuktamadkan dan akan dibentangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat ini
- 99.9 peratus sudah diselesaikan dan baki 0.01 peratus lagi akan diselesaikan dalam mesyuarat Kabinet pada Jumaat
- Malaysia akan memperkukuh kerjasama perdagangan dan pelaburan dengan AS, khususnya dalam sektor semikonduktor, kecerdasan buatan (AI), digital dan tenaga
- Malaysia kekal terbuka dengan AS dalam kerjasama perdagangan dan semikonduktor sambil memperkukuh hubungan dengan ekonomi lain
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

