63 maut dalam kemalangan jalan raya di barat Uganda

KAMPALA - Sekurang-kurangnya 63 orang terbunuh manakala beberapa lagi cedera dalam satu kemalangan jalan raya yang berlaku awal pagi Rabu, lapor Xinhua memetik sumber polis.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh polis, nahas berlaku sekitar jam 12.15 tengah malam waktu tempatan di Lebuhraya Kampala-Gulu, di daerah Kiryandongo, barat Uganda.
Kemalangan melibatkan empat kenderaan iaitu dua bas penumpang, sebuah kenderaan pacuan empat roda dan sebuah lori Tata. - Bernama
Ringkasan AI
- Sekurang-kurangnya 63 orang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Uganda
- Beberapa lagi cedera dalam kemalangan yang berlaku
- Nahas berlaku awal pagi Rabu
- Berlaku di Lebuhraya Kampala-Gulu, di daerah Kiryandongo
- Kemalangan melibatkan dua bas penumpang, sebuah kenderaan pacuan empat roda dan sebuah lori Tata
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
