Uqasha Senrose fail cerai, sudah tidak sebumbung dengan Kamal Adli?

Uqasha Senrose dilaporkan memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Kamal Adli di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 1 Oktober lalu.
Uqasha Senrose dilaporkan memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Kamal Adli di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 1 Oktober lalu.
A
A
A

PELAKON popular, Uqasha Senrose dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya yang juga pelakon, Kamal Adli di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 1 Oktober lalu.

Uqasha atau nama penuhnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, hadir ke mahkamah pada Rabu sekitar jam 9 pagi tadi bagi menghadiri prosiding sebutan kes cerai kali pertama.

Menurut sumber terdekat, rumah tangga pasangan berkenaan dilaporkan mula bergolak sejak April lalu, namun situasi itu bukan berpunca daripada kehadiran orang ketiga.

Sumber itu turut memaklumkan bahawa pasangan berkenaan tidak lagi tinggal sebumbung, dengan Uqasha kini menetap di kediaman ibunya.

Sebelum ini, beberapa hantaran berbaur luahan hati yang dimuat naik pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa itu menjadi perhatian netizen, selain mencetuskan spekulasi mengenai keadaan rumah tangganya.

Untuk rekod, Uqasha dan Kamal sah bergelar suami isteri pada 5 November 2021 dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Janda Baik, Pahang. Pasangan itu turut dikaruniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira.

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Uqasha Senrose memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal Adli di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 1 Oktober
  • Uqasha hadir ke mahkamah untuk prosiding sebutan kes cerai kali pertama
  • Rumah tangga mereka bergolak sejak April tanpa kehadiran orang ketiga
  • Uqasha kini tinggal di kediaman ibunya
  • Uqasha dan Kamal sah bergelar suami isteri pada 5 November 2021 dan mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!