Penyamun pecah masuk rumah, larikan Mercedes Benz dan Perodua Kelisa

Dalam tempoh 14 jam, dua lelaki yang dipercayai terlibat kes pecah rumah dan melarikan kenderaan di Seksyen 3 Bandar Baru Bangi di sini berjaya diberkas pada Isnin.
Dalam tempoh 14 jam, dua lelaki yang dipercayai terlibat kes pecah rumah dan melarikan kenderaan di Seksyen 3 Bandar Baru Bangi di sini berjaya diberkas pada Isnin.
A
A
A

KAJANG - Dalam tempoh 14 jam, dua lelaki yang dipercayai terlibat kes pecah rumah dan melarikan kenderaan di Seksyen 3 Bandar Baru Bangi di sini berjaya diberkas pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, suspek warga tempatan berusia 29 dan 32 tahun ditahan sekitar jam 6 petang sehingga kira-kira jam 8.30 malam oleh sepasukan polis dari Cawangan D4 Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di kawasan Cheras, Kuala Lumpur.

Menurutnya, polis berjaya merampas buah kenderaan milik mangsa bersama satu beg tangan disahkan milik isteri beliau yang mengandungi beberapa dokumen peribadi.

"Turut ditemui dalam beg tangan itu antaranya ialah seutas jam tangan, seutas rantai emas, dua unit telefon bimbit dan satu dompet duit.

"Hasil semakan mendapati kedua-dua suspek yang positif dadah itu mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau melibatkan 13 kes jenayah dan sembilan kes dadah," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, kedua-dua suspek telah direman tiga hari sehingga Rabu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan, Seksyen 379A Kanun Keseksaan serta Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tambahnya, penahanan suspek dibuat dalam tempoh 14 jam selepas laporan dibuat mangsa kira-kira jam 7.45 pagi hari sama.

"Mangsa merupakan pesara universiti awam berusia 62 tahun telah memaklumkan kediamannya dimasuki suspek ketika beliau dan isteri sedang tidur.

"Suspek telah melarikan dua kenderaan jenis Mercedes Benz dan Perodua Kelisa yang berada di dalam kawasan parkir rumah selain satu beg tangan mengandungi dokumen peribadi," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat tentang kejadian ini bolehlah berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat kes Inspektor Sharulhasram Ramli di talian 017-2530380 bagi membantu siasatan.

 

Ringkasan AI

  • Dua lelaki yang terlibat kes pecah rumah dan curi kenderaan di Bandar Baru Bangi ditahan dalam 14 jam
  • Suspek berusia 29 dan 32 tahun, warga tempatan, ditangkap di Cheras, Kuala Lumpur
  • Polis merampas kenderaan mangsa, beg tangan mengandungi dokumen peribadi, jam tangan, rantai emas, dua telefon bimbit, dan dompet
  • Kedua-dua suspek positif dadah dengan rekod jenayah lampau 13 kes jenayah dan sembilan kes dadah
  • Penahanan dibuat selepas laporan dibuat mangsa, pesara universiti, yang kereta Mercedes Benz dan Perodua Kelisa serta beg tangan dicuri

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!