Dua suspek direman tujuh hari kes letupan mercun cederakan 22 individu

Suspek direman bagi membantu siasatan.
Suspek direman bagi membantu siasatan.
A
A
A

KULIM - Dua individu direman di Mahkamah Kulim di sini kerana disyaki mempunyai kaitan dengan insiden letupan mercun di Paya Besar di sini awal pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Zulkifli Azizan berkata, permohonan reman dibenarkan Majistret Nur Hamizah Mat Shah terhadap dua individu terbabit.

Seorang lelaki berusia 34 tahun dan wanita berusia 23 tahun itu direman selama tujuh hari bermula Selasa hingga Isnin depan bagi membantu siasatan.

Sebelum ini, media melaporkan insiden letupan mercun di Paya Besar menyebabkan 22 cedera sehingga seorang daripadanya parah.

Zulkifli dalam kenyataan sebelum ini memberitahu, siasatan awal mendapati kejadian itu berpunca daripada tindakan seorang lelaki yang memasang mercun secara terbalik dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan serpihan letupan terkena orang ramai yang berada di lokasi.

Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira jam 12.45 tengah malam di kawasan terbuka berhampiran deretan kedai, apabila suspek bersama beberapa rakan dipercayai membeli mercun berharga RM200 daripada sebuah khemah jualan berhampiran.

Katanya, siasatan mendapati suspek yang mabuk telah memasukkan mercun berkenaan ke dalam silinder di tepi jalan sebelum rakannya menyalakan sumbu.

Bagaimanapun jelasnya, mercun itu gagal naik dan meletup di bawah, dipercayai kerana dipasang secara terbalik.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Dua individu direman kerana disyaki terlibat dalam insiden letupan mercun di Paya Besar
  • Permohonan reman diluluskan untuk siasatan lanjut
  • Insiden menyebabkan 22 orang cedera, seorang parah
  • Letupan berpunca dari tindakan memasang mercun secara terbalik dalam keadaan mabuk
  • Letupan terjadi di kawasan terbuka berhampiran deretan kedai, melibatkan mercun RM200

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!