Lelaki 'tagih perhatian' dengan pengebumian olok-olok

Mereka turut melakukan kesemua upacara tradisional sebelum veteran tentera udara itu bangkit dari keranda secara tiba-tiba. - Foto Agensi
Mereka turut melakukan kesemua upacara tradisional sebelum veteran tentera udara itu bangkit dari keranda secara tiba-tiba. - Foto Agensi
A
A
A

PATNA - Seorang warga emas sanggup memalsukan kematiannya dan mengadakan upacara pengebumian olok-olok hanya untuk melihat siapa yang akan hadir.

Pada mulanya, penduduk di Konchi, sebuah perkampungan di negeri Bihar terkejut selepas menerima berita pemergian Mohan Lal pada usia 74 tahun.

Mereka turut melakukan kesemua upacara tradisional sebelum veteran tentera udara itu bangkit dari keranda secara tiba-tiba.

"Saya hanya mahu melihat siapa yang akan datang untuk beri penghormatan terakhir kepada saya dan kasih sayang yang ditunjukkan mereka," katanya ketika menjelaskan tujuan dia berbuat demikian.

Bagi menampakkan ia seperti kematian sebenar, Mohan turut meminta saudara-maranya menghebahkan khabar sedih itu kepada orang lain dan membawa kerandanya ke krematorium.

Ratusan penduduk dilaporkan hadir dan hal itu menggembirakan Mohan.

Difahamkan, dia turut mengadakan jamuan untuk komuniti setempat bagi menghargai kehadiran mereka pada upacara pengebumian olok-oloknya. - Agensi

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang warga emas memalsukan kematiannya untuk melihat siapa yang akan hadir di upacara pengebumian
  • Penduduk Konchi terkejut dengan berita pemergian Mohan Lal pada usia 74 tahun
  • Mereka melakukan upacara tradisional sebelum Mohan bangkit dari keranda
  • Mohan ingin melihat penghormatan dan kasih sayang yang ditunjukkan orang lain kepadanya
  • Ratusan penduduk hadir dan Mohan gembira serta mengadakan jamuan sebagai penghargaan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!