Parlimen Mongolia singkir PM baru 4 bulan berkhidmat

Zandanshatar akan kekal sebagai Perdana Menteri sementara sehingga penggantinya dilantik dalam tempoh 30 hari. Foto AFP
Zandanshatar akan kekal sebagai Perdana Menteri sementara sehingga penggantinya dilantik dalam tempoh 30 hari. Foto AFP
A
A
A

ULAANBAATAR - Ahli Parlimen Mongolia menyingkirkan Perdana Menteri, Gombojav Zandanshatar yang baru empat bulan memegang jawatan susulan negara itu berdepan protes golongan muda.

Majoriti daripada anggota dewan itu mengundi untuk memecat beliau setelah perbalahan politik dan pertikaian dasar tercetus selama beberapa minggu.

Undian dibuat pada Jumaat menyaksikan 71 ahli Parlimen sepakat dengan keputusan tersebut.

Zandanshatar, 55, mencetuskan kemarahan ahli politik kerana melantik Menteri Kehakiman tanpa memaklumkan kepada Parlimen dan langkah itu disifatkan sebagai tidak sah.

Beliau mengambil alih jawatan pada Jun lalu selepas ribuan beliau mengadakan tunjuk perasaan di ibu kota bagi menyuarakan kemarahan terhadap golongan elit yang didakwa terlibat rasuah dan ketidakadilan berleluasa.

Kumpulan itu menuntut pendahulunya, Luvsannamsrain Oyun-Erdene meletak jawatan dan suara mereka didengari setelah pemimpin tersebut kehilangan undi percaya.

Difahamkan, Zandanshatar akan kekal sebagai Perdana Menteri sementara sehingga penggantinya dilantik dalam tempoh 30 hari. - AFP

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Ahli Parlimen Mongolia menyingkirkan Perdana Menteri Gombojav Zandanshatar setelah hanya empat bulan memegang jawatan
  • Majoriti anggota dewan mengundi untuk memecat beliau akibat perbalahan politik dan pertikaian dasar
  • 71 ahli Parlimen mengundi sepakat menyingkirkan Zandanshatar
  • Zandanshatar mencetus kemarahan kerana melantik Menteri Kehakiman tanpa memaklumkan kepada Parlimen
  • Zandanshatar akan kekal sebagai Perdana Menteri sementara sehingga penggantinya dilantik dalam 30 hari

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!