Pelajar perempuan alami gangguan seksual di sekolah, suspek ditahan polis

Polis menahan seorang lelaki selepas menerima laporan gangguan seksual terhadap pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di Sabak Bernam. Foto hiasan
Polis menahan seorang lelaki selepas menerima laporan gangguan seksual terhadap pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di Sabak Bernam. Foto hiasan
A
A
A

SABAK BERNAM - Polis menahan seorang lelaki selepas menerima laporan berhubung kejadian gangguan seksual melibatkan seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Md Yusof Ahmad berkata, pihaknya menerima satu laporan polis berhubung kejadian itu baru-baru ini.

“Sejurus menerima laporan, satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTKK) 2017.

“Jika disabitkan kesalahan, individu terbabit boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, suspek telah berjaya ditahan dan kes masih dalam siasatan lanjut.

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Polis menahan seorang lelaki selepas menerima laporan gangguan seksual terhadap pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di Sabak Bernam
  • Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Md Yusof Ahmad berkata, laporan polis diterima baru-baru ini
  • Siasatan dibuka di bawah Seksyen 14(a) AKSTKK 2017
  • Individu jika disabitkan boleh kena hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan
  • Suspek telah berjaya ditahan dan kes masih disiasat lanjut

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!