HONOR tawar 250 hadiah sempena pembukaan kedai baharu di Mid Valley

Kedai HONOR Experience Store yang dinaik taraf di Mid Valley Megamall bakal dibuka secara rasmi pada 17 Oktober ini.
Kedai HONOR Experience Store yang dinaik taraf di Mid Valley Megamall bakal dibuka secara rasmi pada 17 Oktober ini.
A
A
A

HONOR Malaysia menawarkan sebanyak 250 hadiah cabutan bertuah kepada pelanggan sempena pembukaan rasmi kedai HONOR Experience Store yang dinaik taraf di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur pada Jumaat ini.

HONOR dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, tawaran itu diberikan kepada pelanggan yang berbelanja RM999 ke atas di kedai baharu tersebut bermula 13 hingga 20 Oktober 2025.

“Antara hadiah menarik termasuk peranti premium seperti HONOR MagicBook Art 14, MagicPad 3, Pad 10 WiFi, pembersih robot HONOR CHOICE serta beg pakaian eksklusif HONOR,” jelas kenyataan itu.

Reka bentuk dalaman kedai HONOR Experience Store yang dinaik taraf bagi memberi peluang pelanggan mencuba teknologi terkini HONOR.
Reka bentuk dalaman kedai HONOR Experience Store yang dinaik taraf bagi memberi peluang pelanggan mencuba teknologi terkini HONOR.

Menurut kenyataan itu lagi, pelanggan yang membeli telefon pintar siri HONOR Magic dan X9d 5G turut berpeluang menggandakan peluang kemenangan mereka dengan dua penyertaan cabutan bertuah bagi setiap resit.

“Cabutan hadiah akan dijalankan secara langsung di kedai tersebut dari 17 hingga 20 Oktober bagi memeriahkan lagi sambutan pembukaan itu.

“Selain tawaran hadiah, pelanggan turut berpeluang membawa pulang kotak misteri eksklusif apabila melengkapkan aktiviti di lima zon pengalaman yang disediakan,” katanya.

Menurut HONOR, pelanggan boleh menyaksikan sendiri ketahanan telefon pintar HONOR X9d 5G melalui demonstrasi termasuk ujian bateri 8,300mAh, tembakan Stapler Gun serta simulasi dalam mesin basuh.

Artikel Berkaitan:

“Bagi yang tidak sempat menghadiri jerayawara HONOR X9d 5G di IOI Mall Puchong minggu lalu, inilah peluang untuk melihat ketahanan luar biasa peranti ini.

“Di zon swafoto bertemakan akuarium, pelanggan boleh bergambar bersama HONOR X9d 5G yang berfungsi dengan baik walaupun direndam di dalam air,” ujarnya.

HONOR berkongsi, pelanggan juga boleh mencuba sendiri ciri kecerdasan buatan (AI) pada HONOR Magic V5 di AI Corner.

“Mereka boleh melihat bagaimana fungsi AI membantu dalam produktiviti harian termasuk penyuntingan foto pintar serta pengurusan kerja yang lebih efisien.

“Selain itu, di Cross OS Zone, ciri HONOR Connect akan dipertontonkan bagi menunjukkan kemudahan memindahkan fail antara peranti HONOR dan Apple secara lancar,” katanya.

HONOR menjelaskan, demonstrasi itu bertujuan memperkenalkan keupayaan ekosistem peranti mereka yang boleh digunakan oleh pengguna Android dan iOS.

“Selain itu, terdapat pelbagai persembahan kebudayaan seperti tarian Singa, Zapin, Joget serta aktiviti lukisan henna turut dijadualkan bagi memeriahkan acara.

“Pembukaan besar-besaran ini adalah tanda penghargaan kami kepada pelanggan yang terus menyokong HONOR di Malaysia,” katanya.

Ringkasan AI

  • HONOR Malaysia menawarkan 250 hadiah cabutan bertuah sempena pembukaan kedai HONOR Experience Store di Mid Valley Megamall
  • Tawaran hadiah untuk pelanggan yang berbelanja RM999 ke atas dari 13 hingga 20 Oktober 2025
  • Hadiah termasuk HONOR MagicBook Art 14, MagicPad 3 dan lain-lain
  • Pelanggan membeli telefon pintar siri HONOR Magic dan X9d 5G berpeluang ganda menang
  • Acara cabutan hadiah secara langsung dari 17 hingga 20 Oktober dan pelbagai aktiviti termasuk zon pengalaman dan demonstrasi produk

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!