Empat sekolah terjejas ribut akan segera dibaikpulih

Keadaan bumbung Sekolah Kebangsaan Sijangkang Jaya musnah akibat kejadian ribut yang melanda pada Rabu. Foto Bernama
Keadaan bumbung Sekolah Kebangsaan Sijangkang Jaya musnah akibat kejadian ribut yang melanda pada Rabu. Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Empat sekolah di Teluk Panglima Garang yang terjejas teruk akibat ribut pada Rabu akan dibaikpulih segera.

Kementerian Pendidikan(KPM) dalam satu kenyataan berkata, kerja-kerja pembersihan dan penilaian kerosakan sedang berjalan di semua sekolah terjejas.

"Kementerian Pendidikan ingin memaklumkan bahawa kejadian ribut yang berlaku di Teluk Panglima Garang, Selangor pada petang Rabu telah menjejaskan empat buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sijangkang Jaya, Sekolah Kebangsaan (SK) Sijangkang Jaya, SK Kampung Medan dan SK Jalan Tanjung.

"Oleh itu, semua sekolah terjejas akan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dalam tempoh terdekat bagi membolehkan proses pembelajaran dapat diteruskan selain memastikan keselamatan murid, guru serta seluruh warga sekolah," ujarnya pada Khamis.

Tambah kenyataan itu, pihaknya menyeru jabatan pendidikan negeri dan daerah serta pentadbir sekolah di seluruh negara untuk meningkatkan kesiapsiagaan dalam menghadapi cuaca tidak menentu pada ketika ini.

"Ia bagi memastikan kesejahteraan dan keselamatan seluruh warga pendidikan terpelihara," jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Empat sekolah di Teluk Panglima Garang terjejas teruk akibat ribut dan akan dibaikpulih segera
  • Kementerian Pendidikan melakukan kerja pembersihan dan menilai kerosakan
  • Sekolah yang terjejas ialah SMK Sijangkang Jaya, SK Sijangkang Jaya, SK Kampung Medan, dan SK Jalan Tanjung
  • Pengajaran dan pembelajaran di rumah akan dilaksanakan untuk memastikan pembelajaran diteruskan dan keselamatan semua pihak
  • Kementerian menyeru jabatan pendidikan negeri dan daerah bersiap siaga hadapi cuaca tidak menentu untuk keselamatan warga pendidikan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!