Bukan kali pertama, Nubhan pernah lafaz cerai - Peguam

SEPANG- Penyanyi Ahmad Nubhan pernah melafazkan cerai kepada isterinya, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek kali pertama lapan tahun lalu sekitar 2017.
Perkara itu maklumkan peguam plaintif Dr Afifah, Datuk Akberdin Abdul Kadir kepada pemberita pada Khamis.
Menurutnya, prosiding pengesahan di hadapan hakim syarie pada hari ini melibatkan kedua-dua kes cerai termasuk dilafazkan Nubhan pada Ogos lalu.
Terdahulu, pelantun lagu Kekasih Untukku itu tiba di Mahkamah Rendah Syariah Sepang jam 9.40 pagi disusuli Dr Afifah lima minit kemudian.
Ahmad Nubhan dan Dr Afifah yang juga doktor gigi mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8; Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille yang berusia tiga tahun.
Ringkasan AI
- Ahmad Nubhan pernah melafazkan cerai kepada isterinya, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek lapan tahun lalu pada 2017
- Peguam Dr Afifah, Datuk Akberdin Abdul Kadir maklumkan perkara itu kepada pemberita
- Proses pengesahan cerai diadakan di hadapan hakim syarie yang melibatkan dua kes cerai termasuk yang dilafazkan pada Ogos lalu
- Ahmad Nubhan dan Dr Afifah hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Sepang untuk prosiding
- Pasangan ini mempunyai tiga anak; Aafiya, Ahmad Aaffan, dan Afzan Nayille
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

