Petron Malaysia rasmi lancar kempen 'Pasti Ok'

Mohd Nizam (tengah) bersama warga kerja Petron Malaysia ketika pelancaran kempen 'Pasti Ok' bertempat di stesen minyak Petron Seksyen 24, di sini pada Selasa.
Mohd Nizam (tengah) bersama warga kerja Petron Malaysia ketika pelancaran kempen 'Pasti Ok' bertempat di stesen minyak Petron Seksyen 24, di sini pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Petron Malaysia secara rasminya melancarkan kempen 'Pasti Ok' dengan slogan 'Semak, Bayar, Isi' di stesen minyak cawangan Seksyen 24, di sini selepas mengadakan 'soft launch' pada awal September lalu.

Kempen itu diperkenalkan selaras pelaksanaan program subsidi bersasar kerajaan iaitu BUDI Madani RON95 (BUDI95) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengurus Besar Petron Malaysia, Mohd Nizam Mansor berkata, pihaknya selaku pembekal bahan api dan penyedia perkhidmatan mesra pelanggan mahukan golongan sasar berasa selesa dengan sebarang perubahan terutamanya menerusi pengenalan kempen 'Pasti Ok'.

Menurut beliau, tujuannya adalah memberi sentuhan peribadi kepada setiap pelanggan yang memerlukan bantuan lanjut tentang BUDI95 dan Sistem Kawalan Petrol Subsidi (SKPS).

Kempen 'Pasti Ok' rasmi dilancarkan di stesen minyak Petron Seksyen 24, di sini pada Selasa.
Kempen 'Pasti Ok' rasmi dilancarkan di stesen minyak Petron Seksyen 24, di sini pada Selasa.

Jelas Nizam, Petron Malaysia juga memperkenalkan video muzik baharu bertajuk 'Semak, Bayar, Isi - Pasti Ok' nyanyian Mimi Fly dalam bentuk yang lebih santai dan mudah difahami.

"Dengan tiga langkah mudah iaitu semak, bayar dan isi, kami berharap ia dapat membantu rakyat Malaysia memahami proses penggunaan BUDI95 dengan lebih yakin.

"Matlamat kami adalah untuk memastikan peralihan kepada sistem subsidi bersasar ini berjalan lancar dan menyenangkan buat pelanggan kami. Semuanya 'Pasti Ok' dengan Petron!

Artikel Berkaitan:

"Ini bukan sekadar kempen, tetapi janji kami buat pelanggan bahawa setiap pengalaman di 820 stesen minyak Petron Malaysia diiringi dengan kemesraan, inklusiviti dan suasana positif," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas melancarkan kempen 'Pasti Ok' di stesen minyak Petron Seksyen 24, di sini pada Selasa.

Mohd Nizam turut memaklumkan, kempen 'Pasti Ok' juga memperkenalkan isyarat tangan bagi Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) yang disahkan oleh Persekutuan Orang Pekak Malaysia.

Tambah beliau, ia mencerminkan usaha Petron Malaysia dalam mewujudkan suasana perkhidmatan yang mesra, terbuka dan mudah diakses orang ramai termasuk golongan kurang upaya pendengaran serta komuniti terpinggir.

"Kempen 'Pasti Ok' melambangkan semangat Petron Malaysia sebagai stesen minyak mesra kejiranan untuk semua sama ada mengisi minyak, menikmati secawan kopi atau sekadar singgah menggunakan kemudahan seolah-olah berada di rumah sendiri.

"Kami juga terus menyokong komuniti melalui pelbagai program seperti Jelajah Aspirasi Malaysia dan Petron 'Pasti Ok Sweep'.

"Ini semua mencerminkan semangat kami sebagai stesen minyak kejiranan yang memahami dan mendengar keperluan pelanggan," ujar beliau.

Jelas Mohd Nizam lagi, selain kempen tersebut, Petron Malaysia turut menambah baik pelbagai kemudahan di stesen minyak untuk memberikan pengalaman yang lebih selesa kepada pelanggan.

"Antaranya, pengenalan sistem ganjaran baharu menggunakan MyKad sebagai pengganti kad PMiles.

"Ini membolehkan pelanggan mengumpul mata ganjaran lebih mudah tanpa perlu membawa kad PMiles," katanya lagi.

Ringkasan AI

  • Petron Malaysia melancarkan kempen 'Pasti Ok' dengan slogan 'Semak, Bayar, Isi'
  • Kempen ini diperkenalkan selaras dengan pelaksanaan program subsidi bersasar kerajaan, BUDI Madani RON95
  • Tujuan kempen adalah untuk membantu pelanggan memahami penggunaan BUDI95 dan Sistem Kawalan Petrol Subsidi
  • Petron Malaysia memperkenalkan video muzik 'Semak, Bayar, Isi - Pasti Ok' untuk memudahkan pemahaman proses
  • Kempen 'Pasti Ok' juga memperkenalkan isyarat tangan Bahasa Isyarat Malaysia yang disahkan oleh Persekutuan Orang Pekak Malaysia

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!