Tiga beranak rentung

Keadaan rumah yang mengorbankan tiga beranak dalam kebakaran di Kampung Sungai Relong, awal pagi tadi.
Keadaan rumah yang mengorbankan tiga beranak dalam kebakaran di Kampung Sungai Relong, awal pagi tadi.
A
A
A

TAIPING - Seorang wanita bersama dua anaknya maut dalam kebakaran sebuah rumah di Lorong Merbah Kampung Sungai Relong, Kamunting di sini, awal pagi tadi.

Mangsa dikenali, Jazmaniza Man, 35, Mohd Anaz Rizki Mohd Khairul, 4, dan Nur Aulia Medina, 3, ditemui anggota bomba ketika kerja-kerja pemadaman dijalankan pada jam 1.35 pagi.

Suami mangsa berusia 38 tahun bersama seorang lagi anak lelaki berusia 6 tahun terselamat, namun melecur di beberapa bahagian anggota badan ketika menyelamatkan diri.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, panggilan kejadian diterima pada jam 1.20 pagi dan sebaik tiba di lokasi didapati, rumah telah terbakar 80 peratus.

Menurutnya, maklumat awal memberitahu, terdapat lima mangsa berada di rumah itu ketika kebakaran berlaku.

"Sebaik dimaklumkan terdapat mangsa, anggota segera melakukan operasi menyelamat sebelum menjumpai tiga mangsa dalam keadaan rentung di dalam rumah itu.

"Dua lagi mangsa yang terselamat telah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut," katanya.

Operasi oleh Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting dibantu balai Taiping itu tamat pada jam 4.40 pagi.

Artikel Berkaitan: