Bas ekspres terbabas langgar tiang papan tanda, seorang penumpang maut

Sebuah bas ekspres terbabas dalam kejadian di Lebuhraya Utara Selatan menghala utara, Seri Kembangan pada Sabtu. Foto: JBPM Selangor
Sebuah bas ekspres terbabas dalam kejadian di Lebuhraya Utara Selatan menghala utara, Seri Kembangan pada Sabtu. Foto: JBPM Selangor
A
A
A

SERI KEMBANGAN - [DIKEMAS KINI] Seorang maut, manakala 18 lagi selamat selepas bas ekspres dinaiki terbabas melanggar tiang papan tanda di Kilometer 293.4 Lebuhraya Utara Selatan menghala utara di sini, pada Sabtu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, panggilan diterima pihaknya pada jam 2.57 pagi.

Menurutnya, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi dengan bantuan BBP Seri Kembangan serta BBP KLIA telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

Tiga mangsa telah dikeluarkan oleh bomba dan selebihnya keluar sendiri sebelum ketibaan anggota operasi. Foto: JBPM Selangor
Tiga mangsa telah dikeluarkan oleh bomba dan selebihnya keluar sendiri sebelum ketibaan anggota operasi. Foto: JBPM Selangor

"Terdapat 19 mangsa termasuk pemandu bas terbabit.

"Seorang lelaki tempatan berusia 59 tahun telah tersepit dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), manakala 18 lagi mengalami kecederaan dan menerima rawatan awal di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Punca kejadian masih dalam siasatan. Foto: JBPM Selangor
Punca kejadian masih dalam siasatan. Foto: JBPM Selangor

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, tiga mangsa telah dikeluarkan oleh bomba dan selebihnya keluar sendiri sebelum ketibaan anggota operasi.

Katanya, punca kejadian masih dalam siasatan.


Bas ekspres dalam perjalanan dari Singapura ke Ipoh

KAJANG - Sebuah bas ekspres yang hilang kawalan dan terbabas melanggar tiang papan tanda di Kilometer 293 Lebuhraya Utara Selatan arah Kuala Lumpur di sini pada Sabtu dikenal pasti dalam perjalanan dari Singapura ke Perak.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kemalangan berlaku kira-kira jam 3.15 pagi.

Menurutnya, siasatan mendapati bas ekspres terbabit dipandu lelaki tempatan berumur 60 tahun dalam perjalanan dari Boon Lay, Singapura ke Ipoh, Perak.

"Jumlah penumpang termasuk pemandu seramai 29 orang terdiri daripada 24 orang warga tempatan dan la warga Singapura.

"Dalam kemalangan tersebut seorang lelaki warga tempatan berusia 59 tahun merupakan pekerja pembinaan di Singapura iaitu penumpang bas di kerusi hadapan telah maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala, manakala 28 penumpang termasuk pemandu bas dan pemandu simpanan mengalami kecederaan mendapatkan rawatan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, mangsa yang cedera masing-masing dikejarkan ke Hospital Sultan Idris Shah Serdang, Hospital Kajang, Hospital Putrajaya, Hospital Cyberjaya dan Hospital Seremban.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana kesalahan memandu secara melulu atau berbahaya sehingga menyebabkan kematian.

"Mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh menghubungi balai polis berdekatan atau Pegawai Penyiasat kes Inspektor Mohd Raziman Rasid di talian 019-4565502 bagi membantu siasatan," ujarnya.

Katanya lagi, pihak polis menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa berhati-hati, mengamalkan pemanduan berhemah serta mematuhi undang-undang lalu lintas demi keselamatan bersama.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi dengan bantuan BBP Seri Kembangan serta BBP KLIA telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

 

 

Ringkasan AI

  • Seorang maut dan 18 lagi selamat selepas bas ekspres terbabas di Lebuhraya Utara Selatan
  • Panggilan kecemasan diterima pada jam 2.57 pagi
  • Anggota Bomba dari BBP Bangi, Seri Kembangan, dan KLIA dikejarkan ke lokasi
  • Seorang lelaki tempatan berusia 59 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian
  • Punca kejadian masih dalam siasatan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!