Sultan Nazrin berkenan rasmi Pasar Warisan Negara, Taman Tasik Diraja di Taiping

Kor Ming mempersembahkan cenderahati istimewa yang dihasilkan menggunakan bahan kitar semula oleh pelukis tempatan daripada SWCorp kepada Sultan Nazrin pada Jumaat. Foto KPKT
Kor Ming mempersembahkan cenderahati istimewa yang dihasilkan menggunakan bahan kitar semula oleh pelukis tempatan daripada SWCorp kepada Sultan Nazrin pada Jumaat. Foto KPKT
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan untuk merasmikan Pasar Warisan Negara Taiping dan projek menaik taraf landskap Taman Tasik Diraja sempena Ulang Tahun Keputeraan baginda ke-70 tahun depan.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming selepas menghadap baginda pada Jumaat.

Kor Ming dalam satu kenyataan berkata, Pasar Warisan Taiping merupakan mercu tanda bersejarah di bandar warisan Taiping yang kaya dengan nilai warisan.

"Kerja pembinaan semula Pasar Warisan Taiping yang juga merupakan pasar awam pertama negara berusia lebih 140 tahun ini telah bermula pada tahun 2019.

"Namun projek tersebut terpaksa ditangguhkan selepas ditemui kerosakan serius pada struktur kayu asal yang mengalami serangan anai-anai," ujarnya.

Tambah Kor Ming, setelah dilantik sebagai menteri, beliau telah meluluskan peruntukan tambahan RM11.9 juta bagi meneruskan kerja-kerja pembinaan semula.

"Menariknya, sebanyak 30 peratus daripada bahan binaan bangunan tersebut kini dibangun semula menggunakan kayu asal berusia 140 tahun yang masih kukuh demi mengekalkan nilai sejarah warisan dan keaslian seni bina pasar tersebut," katanya.

Pada masa sama, Kor Ming turut mempersembahkan pencapaian kementeriannya di peringkat antarabangsa apabila dipilih sebulat suara sebagai Presiden Perhimpunan UN-Habitat bagi penggal 2025-2029 di Nairobi, Kenya pada 31 Mei lalu.

"Atas kejayaan menerajui ekonomi kitaran, Malaysia juga bakal menerima Anugerah Khas Tertinggi daripada Yayasan Zero Waste Foundation di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Ahad depan di Istanbul, Turkiye nanti,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Pada sesi menghadap itu, Sultan Nazrin turut berkenan menerima cenderahati istimewa yang dihasilkan menggunakan bahan kitar semula oleh pelukis tempatan daripada Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-69 baginda pada November ini.

Ringkasan AI

  • Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah akan merasmikan Pasar Warisan Negara Taiping dan projek menaik taraf Taman Tasik Diraja
  • Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming mengumumkan Pasar Warisan Taiping sebagai mercu tanda bersejarah
  • Pembinaan semula Pasar Warisan Taiping telah dimulakan pada 2019 tetapi dihentikan kerana kerosakan struktur kayu
  • Peruntukan tambahan RM11.9 juta diluluskan untuk meneruskan kerja-kerja pembinaan
  • Malaysia dipilih sebagai Presiden Perhimpunan UN-Habitat 2025-2029 dan bakal menerima Anugerah Khas dari Yayasan Zero Waste Foundation

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!