PRN Sabah: STAR bersama parti tempatan tanding 73 kerusi DUN

KOTA KINABALU - Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) bersama parti tempatan lain akan bertanding di kesemua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17).
Presiden STAR, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi STAR telah memutuskan beberapa perkara, antaranya pengesahan tentang kedudukan kelima-lima bekas wakil rakyat STAR, dan lantikan penaja untuk menangani tugas dan tanggungjawab Ketua Bahagian yang telah dikosongkan.
"Sementara itu, STAR dan parti-parti tempatan fokus untuk bertanding di kesemua 73 kawasan DUN," katanya menerui Facebook pada Jumaat.
Dalam hantaran tersebut turut menyatakan bahawa pelancaran program Justice for Sabah akan diadakan dan diumumkan dalam masa terdekat.
STAR bersama Parti Maju Sabah (SAPP) sebelum ini mengambil pendirian untuk bertanding secara solo dan keluar daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Ringkasan AI
- Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) akan bertanding di kesemua 73 kerusi DUN pada Pilihan Raya Negeri ke-17
- Presiden STAR, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan, menyatakan keputusan Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi STAR
- Program Justice for Sabah akan dilancarkan dan diumumkan dalam masa terdekat
- STAR bersatu dengan Parti Maju Sabah (SAPP) untuk bertanding secara solo
- STAR dan SAPP keluar daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS)
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
